Masuk je bilik meeting duk menunggu ahli JK pulak ramai tak sampai lagi. Akhirnya start 10.30am. Mujur la sejam je mesyuarat tu tadi. Boleh la masuk office sambung buat kerja.
Petang pulak 2.30pm ada mesyuarat JK sebutharga pulak. Habis pukul 4pm macam tu. Masuk la office semula sekejap. Sebelum balik 4.35pm.
Kereta menghala ke Kelantan pun mula banyak sejak tengahari tadi. Sekolah anak pun balik awal. Adik Rania 12.45pm, kakak Raisha 1.30pm. Ramai geng cikgu dah mula balik kampung. Jiran baru Cie, suami isteri cikgu dah balik kampung petang tadi.
Taman Cie ni di tepi jalan utama ke Kelantan. Tu yang susah nak masuk simpang bila musim cuti. Cie ni dah la kerja lagi sampai Khamis. Jenuh la nak hadap kereta banyak nanti.
Petang ni meriah ya menu berbuka 27 Ramadan. Walaupun dah hujung Ramadan masih rajin masak menu berbuka. Cie dah masak banyak jenis, Faiz beli jugak lagi makanan lain. Dia bagitau nak beli kerabu mangga je, sekali balik tadi bawak ikan keli berlado pulak. Padahal semalam baru makan keli bakar.
Cie masak ayam tumis tu takde nama. Selalu Cie masak macam tu. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis sampai garing, masuk ayam dan air. Biar je ayam tu masak, masukkan asam keping, serbuk kunyit, bahan perasa. Dah siap.
Biasa kan Cie masak 2 jenis protein. Taktau Faiz nak beli keli so Cie masak la telur dadar hancur jugak. Jadi la 3 jenis protein menu berbuka 27 Ramadan ni.
Sayur pulak Cie buat cendawan enoki celup tepung, salad, timun. Campur dengan kerabu mangga Faiz beli tu cukup la menu hari ni.
Nak makan sambal tempoyak tapi malas nak tumbuk cili. Jadinya Cie gunting je cili padi tu makan dengan tempoyak. Punya la pemalas.
Buah pulak Cie potong rock melon. Tembikai kuning yang masih ada sikit tu Cie blend je jadi jus. Entahla apa rasa tu. Pertama kali buat.
Faiz beli jugak roti john. Setiap hari memang dia akan beli kuih muih cuma Cie tak ambil gambar je. Ada masa kami makan moreh, ada masa Faiz sorang je makan.
Lagi beberapa hari je nak fikir menu berbuka. Ada ayam dan ikan keli dalam fridge. Nanti la fikir menu apa yang belum dimasak.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.