Raya bila pun ok je. Tetap dapat cuti 4 hari dah. Jumaat hingga Isnin. Selasa dan Rabu ambil cuti rehat sendiri. Khamis dan Jumaat dah kerja.
Kalau raya Sabtu, esok Cie kena membeli bahan-bahan nak masak raya nanti di kampung. Ada beberapa bahan lagi yang Cie kena beli. Bahan-bahan basah jela. Bahan kering dah settle hari tu.
Hari ni takde idea dah nak masak apa. Ramai dah mula masak rendang kan. Cie masak sup ayam tumis darat, telur dadar, sayur doumiao (pucuk taugeh) goreng sos tiram, buah epal asam boi dan kulit limau.
Cukup la menu berbuka hari ni. Kalau puasa lagi sehari kena fikir lagi la menu untuk berbuka hari terakhir nanti. Kalau malas masak dah boleh cari makan di luar je. Kalau rajin masak jela nasi goreng pun ok je.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.