Kembali ke rutin biasa masak menu dinner hari ni. Walaupun takde idea nak masak apa tetap la kena masak jugak.
Cie masak ayam butter garlic. Teringin pulak hari tu masa puasa rasanya 2 kali Cie masak menu ni. Anak-anak dan Faiz suka sangat. Kalau buat chicken wing lagi sedap. Ni macam-macam bahagian ada.
Ayam butter garlic tu takde kuah kering je. 2 beradik tu suka makan berkuah. Cie buat la telur mata kicap. Ada la kuah kicap tu. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi.
Sayur mesti kena ada dalam menu masakan. Cie masak kangkung goreng belacan. Kangkung pun dah kecut dalam fridge tu. Cie beli hari Sabtu, tak potong terus masuk dalam bahagian sayur tu. Tadi tengok dah kecut. Mujur la masih ok lepas dah cuci. Dah goreng pun ok.
Rendang daging kakak Cie buat raya ketiga tu ada lagi sikit. Cie simpan dalam fridge dan tadi panaskan. Terus habiskan jela ni tak banyak dah.
Sabtu hari tu beli tembikai susu dan anggur. Untuk dinner hari ni potong tembikai susu jela. Makan dengan asamboi memang sedap.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.