Menu Sahur 30 Ramadan 1447H

Sahur terakhir Ramadan 1447H. Ada masa lagi hari ni nak buat segala persiapan raya. Ada yang dah sampai kampung halaman, ada yang masih dalam perjalanan. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi.


Misi Cie hari ni nak mengemas rumah. Nak isi kuih dalam balang. Walaupun tak beraya sepenuhnya di rumah, tetap la kena kemas dan hias rumah jugak.

Nak pakai inai jugak. Mulanya nak pakai malam tadi tapi dah kepenatan iron baju 9 pasang sekali tudung Cie dan anak-anak. Fuhhh berpeluh la sampai kena mandi dulu sebelum tidur.

9 pasang tu untuk 3 hari je. Raya pertama hingga ketiga. Cukup la beraya 3 hari je. Lepas tu back to normal. Weekend jela kalau nak sambung beraya lagi. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Rajinnya seterika sekali semua sekali. Saya bila hendak pakai baru seterika.
    Ya 3 pasang juga baju.

    BalasPadam
  2. selamat hari raya. 3 pasang baju tu lumrah la. kalau artis tu mahunya 30 psg. OMG!

    BalasPadam
  3. Betul2 rajin ni gosok baju utk 3 hari terus!

    BalasPadam
  4. Malam tadi Wafi dah tolong gosokkan baju untuk semua. Tudung je akak gosok pagi tadi.

    BalasPadam
  5. Hari terakhir berpuasa ramadan..

    BalasPadam
  6. MZ 2 psg jer bj raya yg baru, utk raya ke3, recycle bj raya yg thn2 lps ajerrr🤣🤣🤣

    BalasPadam
  7. Gigih akk gosok. Cuya org dtg ke rumah baju raya tk bergosok pon. Raya pertama je rajin hehe

    BalasPadam
  8. Cuya sama mcm MZ, recyle je baju2 lama. Sebab masih boleh pakai

    BalasPadam
  9. CCL pun tak sempat nak pakai inai raya ni ..duit raya pun malam raya baru masukkan dalam sampul .

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.