Tadi pukul 8.08pm macam tu di TV3 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengistiharkan tarikh 1 Syawal 1447H jatuh pada hari Sabtu 21 Mac 2026.
Maka dengan ini Jumaat 20 Mac kita berpuasa lagi 30 Ramadan dan merupakan Jumaat terakhir Ramadan. Sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je kita sambut 1 Ramadan.
So Jumaat ada masa lagi la Cie nak beli barang sikit lagi. Rasa macam nak beli spec baru je. Spec Cie pakai sekarang ni macam longgar dah, cermin pun calar balar dah. Padahal baru setahun. Dah banyak kali terjatuh tu.
Malam ni nak iron baju raya 3 pasang sorang untuk raya pertama hingga raya ketiga. Esok la baru nak kemas ruang tamu. Bekas kuih pun dah cuci tadi. Total kuih raya Cie ada 8 jenis. Adoi la plan asal nak 2-3 jenis je cukup. Dah Faiz pun beli tiba-tiba bawak balik je. Jadi banyak la pulak.
Korang busy buat rendang ke tu?




9 Ulasan
Selamat hari raya buat Cie sekeluarga.. Faa dah siap rendang tinggal nak buat kuah kacang je ðŸ¤
BalasPadamAlhamdulillah, ada masa ekstra buat persiapan Syawal
BalasPadamSempat ye kalau beli spek?. Kalau sy seminggu baru dorang siapkan. Nampaknya raya haji je la klu nk ganti spek.
BalasPadamSaya tengok pengumuman ni masa dalam kereta otw nak balik beraya. Mmng berharap raya hari sabtu pun
BalasPadamAkak tak merendang... adik buat. Akk buat sambal udang. Potluck bawak rumah mak.
BalasPadamMy mom masak rendang tp lps tunggu pengumuman raya..so merendang hari jumaat sbb raya sabtu
BalasPadamCuya ibu masak rendang, Cuya masak kuah kacang
BalasPadamHaritu kemain org ckp raya jumaat... Last2 sabtu jugk. Cuya tgk org post status je psl pengumuman raya, tk sempt tgk tv
BalasPadamSebelum pengumuman .. CCL dengan kawan dh berteka teki warna baju yg dipakai ..then CCL berjaya teka dengan betul .. raya kali ni suspens sangat ..jumaat ke sabtu kan ...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.