Rendang Ayam Dan Kek Pisang Coklat Butterscotch

Pukul 2 tadi masuk kitchen nak masak rendang ayam dan juga kek pisang coklat butterscotch. Buat rendang aym untuk makan dengan lemang. Lemang Faiz beli dari surau taman. Kelmarin dah ada.

Nanti menu berbuka boleh la makan lemang dan rendang ayam. Rendang ayam Cie ni pekat likat terlebih santan. Haaha. Setahun sekali je masak rendang. Bahan pulak main letak je. Tu yang jadi terlebih santan. Taktau la apa rasa tu kang.


Sambil merendang tadi sempat la juga buat sebiji kek pisang coklat buttetscotch. Beli la pisang dan serbuk coklat pagi tadi. Rupanya serbuk coklat yang lama pun masih ada dan belum expired. Ni pun setahun sekali je guna.


Yang beli tadi simpan la. Ada kerajinan nanti boleh buat kek coklat pulak. Raya kan sebulan. Bebila nanti boleh buat kek yang bahannya mudah je.

Kejap lagi baru nak start masak menu berbuka. Nak masak spageti aglio olio jela dah last puasa kan. Malas dah nak masak nasi lauk beria tu. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.