Faiz balik dari mesyuarat tadi dia tapau je nasi kukus Kak Chik. Antara nasi kukus yang famous kat Lipis ni. Memang sedap nasi kukus Kak Chik ni. Ayam goreng nya tu memang lain dari yang lain. Bahan perapan memang cukup rasa.
Lengkap dengan nasi kukus, ulam timun, kuah kari dan sambal belacan. Selalunya sambal belacan tu mintak bungkus asing. Kalau tak habis boleh simpan je dalam fridge. Banyak juga sambal tu.
Nasi ni banyak. Cie memang tak habis la makan. Sama ada bagi kat adik Rania atau Faiz. Tadi adik Rania taknak tambah nasi, Faiz la yang tolong habiskan.
Kenyang makan lunch sambung berehat lagi. Tu jela rutin kita sepanjang hari cuti ni. Faiz pun kena kerja hari ni ada program sebelah petang hingga malam. So memang tak ke mana-mana la. Anak-anak ajak ke TeaLive pun malas nak keluar.


5 Ulasan
Sedapnya nasi kukus. Kalau dpt perapan ayam yg sedap tu mmng rasa nak repeat selalu.
BalasPadamAiiih memang menggoda lah nasi kukus ini 😍😄. Apalagi kalau ayam nya juicy dan bumbu perasan meresap hingga tulang 👍
BalasPadamAkak pun kalau ada sambal belacan lebih akan simpan. Next time boleh buat rencah nasi goreng atau makan macam biasa.
BalasPadamMZ hari ni pun tak de gi mana2 jugak.td kuar jap antar razeen gi kumon
BalasPadamSedapnya nasi kukus..lama dah x makan...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.