Kakak Cie kata mungkin hyperventilation. Check spo2 pun ok je. Taktau la kenapa. Mungkin sebab panas agaknya waktu perhimpunan. Setakat sekarang ni dia ok je. Makan apa semua selera je.
Esok pagi kena paksa la juga untuk sarapan dulu sebelum ke sekolah. At least alas perut dulu. Tak memasal hari ni ibu kena EL. Sempat la mengemas bilik stor pagi tadi. Lepas tu takde apa dah mengadap blog jela.
Sebelah petang keluar ambil kakak Raisha habis kelas KKQ 4:30 petang. Kena la keluar jugak babahnya keluar kawasan tak dapat ambil. Balik dari ambil kakak Raisha, solat Asar dan terus masuk dapur masak.
Menu dinner hari ni Cie masak gulai masam tempoyak ikan baung. Letak belimbing buluh dan daun kesum. Ikan tu Faiz cakap kawan dia bagi. Minggu lepas dah cuma tak sempat nak masak.
Adik Rania tak makan ikan jadinya kena la masak ayam jugak. Ikan baung ni taktau la dia makan ke tak. Cuma standby jela ayam. Ada ikan yang dia makan.
Cie masak ayam sos thai mangga. Mangga gergasi yang Cie ambil dari rumah Kak Ngah. Besar mangga tu dulu Cie pernah buat peraduan teka mangga. Dia bagi 2 biji. Separuh ni dah buat jeruk dan ayam sos thai mangga. Nanti nak buat colek pulak.
Sayur ada pegaga dan timun je. Alkisahnya duk confident je weekend hari tu ada banyak sayur dalam fridge. Rupanya ada timun, pegaga, kobis bulat sikit je. Kena la berjimat cermat makan sikit-sikit je.
Buah tembikai dah makan sambil masak tadi. So dah takde dalam menu dinner. Cie cuba makan buah sebelah petang. Untuk dapatkan vitamin kena makan buah jugak. Walaupun ada pendapat mengatakan kalau nak diet buah tu tak boleh makan malam, ada gula.
Cie sekarang join Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Antara Jabatan Kesihatan Negeri di bookdoc. So lepas masak tadi gagahkan diri berjalan atas walking pad je. Sasaran kena 10,000 langkah sehari baru dapat point tapi hari ni tak capai pun. Hahaha. Nanti Cie share kat entri yang lain berkenaan cabaran tu.




15 Ulasan
sedapnya sos thai mangga
BalasPadammenariknya cabaran tu
BalasPadamSaya kalau nak kejar 10k langkah, memang tak bisa pakai treadmill 🤣🤣. Tak cukup 1 jam. Yg ada akan bosan. Harus jalan kluar, putar mall terbesar, baru dapat 10k langkah 🤣
BalasPadamSedapnya tempoyak!
BalasPadamNi bagi idea pada Cuya untuk beli tempoyak online niii 😂
Dah lama tak makan tempoyak niii
Speedy recovery... amin!
BalasPadamLama pulak akak tak makan pegaga... ada niat nak tanam... tapi niat je lah huhu
BalasPadamTerus ya guna belimbing buluh yang Kak Ngah bagi.
BalasPadamWow..Sedap tu ikan baung masak tempoyak. Dulu dkt kg selalu la mkn ni sbb arwah abah selalu jgk mnjala =D
BalasPadamSedapnya menu..
BalasPadamSha pun kena mula bersenam.. tadi jumpa doktor, memang dia pesan bersenam juga..
good luck dengan cabaran tu...
BalasPadamlinda tak makan ikan baung ni
Nak tau x..akak dah muak makan ikan patin, ikan baung dan ikan keli...hahahaha...tapi 3 ikan tu stok banyak kat rumah
BalasPadamHaah akak pun join juga challengge Bookdoc KKM satu malaysia. Tu yang jenuh mundar mandir dalam pejabat sebab nak naikkan step. hehehehe
BalasPadamSedap ada sup ikan..
BalasPadamammi dah lama tak join steps challenge kat book doc tu sebab masa tukar phone ammi lupa nak download semula apps ni. kalau cie tak mention kat blog ammi pun confirm lupa terus pernah ada apps ni kat phone..sekarang juga ammi down. tq cie
BalasPadamSemoga adik rania dah sembuh.
BalasPadamTempoyak ikan baung saya suka! Ayam sos thai tu jarang makan. Mcm menarik je nk cuba resipi ni
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.