31 Mac 2026 pun 6064 je masa Cie screenshot 1.40pm 1 April. Untuk 1 April pulak Cie screenshot pagi tadi 7.29am 13077. Cie screenshot semula 1.32pm 13393.
Entahla betul ada ramai viewers atau sekadar sistem glitch sahaja. Takde apa pun kat blog Cie ni. Cerita biasa bab makan-makan je banyak. Hihi.
Viewers je naik tapi followers sama je tak banyak pun ada 505 je. Tu pun selalunya blogger yang sama je memeriahkan wall komen Cie.
Terima kasih la buat semua yang sudi singgah kat blog Cie. Yang sudi komen. Ada jugak kot silent reader. Walaupun tak komen Cie nak ucap terima kasih jugak sudi singgah.
Sekarang ni dah kurang orang berblog. Ramai di TikTok dan social media yang lain. Cie pun baru jugak beberapa tahun ni kembali aktif. Awal-awal hari tu ratus-ratus je viewers. Semakin lama semakin naik.
Gitu la kan ada masa naik ada masa turun. Kita hanya blogger sendu sahaja. Hihi.

4 Ulasan
Sama ngan akak...system glitch atau ada bot kot semalam...hari ni back to normal..akak nyer adsense dah cukup untuk cashout..tunggu la wang gajiannya nanti..harap cepat la masuk hujung bulan ni...
BalasPadamrasa2nya system glitch..since last week lagi...ada ezna tulis kat her blog jugak psl tiba2 her PV naik.i cepat2 check my PV blog, pun naik byk jugakkk mcm pulukh2 k sehari..
BalasPadamWahhh...Bagusnya PV naik.Seronok tgk =D
BalasPadamCuya jenis tak rajin check.. hahaha
BalasPadamAda jugak GA, tapi entahlah. Kita blogger picisan hehe
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.