Agak terkejut jugak tengok kat stats pagi tadi dah cecah 13k viewers untuk 1 April 2026. Eh dari mana pulak ramai-ramai ni. Biasa pernah capai 6-7k je tu pun jarang. Mostly 1k+ ke atas je. 

31 Mac 2026 pun 6064 je masa Cie screenshot 1.40pm 1 April. Untuk 1 April pulak Cie screenshot pagi tadi 7.29am 13077. Cie screenshot semula 1.32pm 13393. 



Entahla betul ada ramai viewers atau sekadar sistem glitch sahaja. Takde apa pun kat blog Cie ni. Cerita biasa bab makan-makan je banyak. Hihi.

Viewers je naik tapi followers sama je tak banyak pun ada 505 je. Tu pun selalunya blogger yang sama je memeriahkan wall komen Cie.

Terima kasih la buat semua yang sudi singgah kat blog Cie. Yang sudi komen. Ada jugak kot silent reader. Walaupun tak komen Cie nak ucap terima kasih jugak sudi singgah. 

Sekarang ni dah kurang orang berblog. Ramai di TikTok dan social media yang lain. Cie pun baru jugak beberapa tahun ni kembali aktif. Awal-awal hari tu ratus-ratus je viewers. Semakin lama semakin naik.

Gitu la kan ada masa naik ada masa turun. Kita hanya blogger sendu sahaja. Hihi.