Macam acara wajib pulak tengok wayang kat Melawati Mall ni. Kerap juga rasanya tengok wayang. Bantai je cerita apa yang ada. Kebetulan ada cerita Libang Libu ni. Cie pernah dengar mereka promote sebelum tayangan di radio Hot FM dulu tu yang macam ok jela tengok cerita tu.
Sampai terus naik ke level GSC. Ramai pulak orang queue nak beli tiket. Cie pun beli kat apps jela cepat sikit. Kami sampai dalam pukul 3.30pm, tayangan yang paling dekat 3.50pm. Masih banyak seat kosong so terus booking. Beli tiket sekali snack.
Cie order combo golden popcorn caramel large ada air sekali. Ambil ice lemon tea. Lepas tu Cie order juga goldie crunch spicy combo ambil air mineral sejuk je. Memang wajib la order snack kalau masuk cinema. Anak-anak paling suka popcorn caramel GSC ni sedap. TGV kureng sikit popcorn dia. Goldie crunch spicy tu pun sedap. Duk ngap tak sedar habis.
Cie ni jenis tak pandai nak bagi review. Bagi Cie ok je cerita tu ada la juga mesej yang nak disampaikan. Part kelakar tu pun bagi Cie ok la jugak. Paling Cie suka yang Beto tanya kat adik dia kamu nak tahu tak. Adiknya cakap tahu apa. Beto tanya lagi soalan sama. Masa tu dia tengah masak mi goreng. Sampai adik dia marah tahu apa. Rupanya dia tanya adik dia nak tauhu tak. Adik dia ingat tahu. Takde beza sebutan tahu dan tauhu dia tu. Adoi la.
Cerita tu dilakonkan di Perak cuma ada juga beberapa pelakon yang tak betul-betul bercakap loghat Perak tu. Kalau semua memang 100% guna loghat Perak Cie rasa lagi best. Baru nampak betul real cerita Perak. Loghat Perak ni kekadang ada juga macam loghat Pahang. Macam kome tu Pahang pun cakap kome. Tak semua la tapi ada sikit-sikit.
Seronok juga time cuti bawak anak-anak tengok wayang. Anak-anak pun suka je tengok kalau part kelakar tu mengekek je gelak. Mostly yang ada bersama family. Cerita tu pun cerita family.
Jangan tanya Cie berapa Cie rate. Hihihi. Yang pasti tak bosan.






12 Ulasan
Setuju sangat dengan Cie! Popcorn caramel GSC memang paling juara berbanding cinema lain. Goldie crunch spicy tu pun kegemaran akak juga, memang tak sedar boleh habis satu bekas sambil layan movie. Lepas ni boleh akak cuba tonton Libang Libu ni juga..itupun kalau Nia dan Uncle dia nak...
BalasPadamHmm.. rasa dah 7 tahun saya tak masuk pawagam. Nak arrange cuti anak² susah nk sama.
BalasPadamTengok teaser mcm kelakar cerita ni... Sesuailah tonton dgn anak² kan
BalasPadamSy x tgk lg..=D
BalasPadamAunty ajak jugak tengok... lom ada kesempatan je lagi....
BalasPadamSaya tak tengok lagi. Macam besar kos tengok wayang sekarang. Mungkin tunggu masuk Netflix.
BalasPadamKalau kita eja tauhu tapi bila sebut auto jadi tahu.
BalasPadamMZ dh sgt lama tak tgk movie sbb boys bz on weekend...tusyen dan bengkel spm etc sbb my ariff nak spm tahun ni...razeen memang sabtu dan ahad attend tusyen kumon
BalasPadamSaya harap movie ini akan masuk Netflix jadi saya bisa nonton nanti 😍😍😍
BalasPadamoohh pahang pun cakap kome2 jugak rupanya.
BalasPadamsaya suka kalau beto qusyairi berlakon!
Libang libu latar cerita di Perak. Menarik.
BalasPadamAla.. Tak sempat lagi nak tengok Libang Libu ini..
BalasPadamSeronok tengok klip pendek-pendek pasal filem ini..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.