Sarapan Pagi Makaroni Bakar Dan Keledek Goreng

Seawal pagi Cie dah masuk dapur siapkan menu breakfast pagi tadi. Sempat la Faiz makan sebelum dia ke kebun. Pagi ni dia ada projek di kebun dengan abangnya. Kami 3 beranak mereput di rumah jela, semalam dah jalan-jalan.


Cie masak keledek goreng yang beli semalam di Cameron. Sebiji je Cie nak try goreng je. Bancuh tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Sedap pulak tepung tu jadi rangup. Anak-anak cakap macam goreng tempe pakai tepung bestari.


Makaroni bakar ni lama dah plan nak buat. Bahan pun lama dah beli tapi asyik tak terbuat je. So pagi ni kena buat la jugak nak rasmikan mangkuk baru beli di Ikea hari tu.


Makaroni bakar Cie senang je bahan guna cendawan butang, meatball, ayam cincang Ramly, sos prego, bawang putih dan bawang besar blend. Macam biasa la makaroni kena rebus dulu. Dah siap rebus terus buat kuahnya pulak.

Tumis bawang blend tu dengan minyak jagung. Selalu Cie guna marjerin atau butter. Dah habis pulak marjerin. Butter pun takde. Minyak jagung pun boleh la. Lepas tu masukkan ayam cincang. Masak kejap lepas tu masuk la cendawan butang dan meatball. Kacau-kacau sikit masukkan sos prego dan air. Masuk makaroni, kacau-kacau sampai sebati.

Dah sebati dan agak-agak dah masak tu terus masukkan dalam mangkuk. Masuk separuh dulu, taburkan cheese mozzarella, masukkan lagi makaroni last sekali tabur cheese lagi. Bakar la kejap dalam oven nak bagi cair cheese tu je.


Masa makan cheese tu tarik memang sedap sangat. Bertambah-tambah la anak-anak makan. Konon duk kata ibu masak banyak sangat. Dah tinggal sikit je dah tu boleh la repeat makan tengahari kang.

Tengahari belum plan nak masak apa. Ada jemputan kenduri. Tapi tu la tengok keadaan kang kalau rajin nak keluar boleh la pergi.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Wah.. sarapan makaroni bakar. 😋Haa.. Cie pergi Cameron rupanya.

    BalasPadam
  2. Rajin Ciee... sarapan macaroni bakar... Btw selamat hari raya Aidiladha.. Hewhew, baru sempat wish..

    BalasPadam
  3. Sedap...nasib baik kat rumah akak macaroni bakar ni x laku..xde yang suka..hehehe...

    BalasPadam
  4. Sedap...nasib baik kat rumah akak macaroni bakar ni x laku..xde yang suka..hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.