Family Gathering Santai & Sambutan Birthday Mei-Jun Penuh Meriah

1 Jun baru ni kami berkumpul 4 beradik di rumah kakak Cie yang keenam di Bentong. Plan asalnya kakak Cie balik kampung masa nak pergi kenduri anak saudara sepupu tu dia nak open table dinner. 

Kakak Cie tanya la Cie kedai mana yang sedap. Kebanyakkan kedai makan masih tutup cuti raya. Cie cakap semua Cie dah rasa takdela sedap mana. Masak sendiri lagi la sedap.

Lepas tu kakak Cie bincang dengan anaknya so mereka decide nak masak je di Bentong dan kami ke sana. Cie cakap boleh la celebrate birthday kakak Cie 30 Mei dan birthday Faiz 2 Jun.

Meriah walaupun buat secara santai, yang penting semua dapat berkumpul, borak, gelak ketawa dan luangkan masa bersama. Masa berlalu sekejap je.

Macam biasa bila keluarga dah berkumpul, memang meja penuh dengan pelbagai makanan. Pelbagai jenis lauk pauk, pencuci mulut sampai kek birthday pun ada. Menu lunch sampai la minum petang.


Banyak persinggahan sebelum ke Bentong tu. Singgah sarapan, singgah Zus. Beria nak mengopi padahal dekat je pun perjalanan.


Cie beli jambu kat BS Freshmart dan bawak sesiap asamboi dari rumah. Beli jajan jugak untuk makan dalam kereta. Masa nak gerak tu Cie mintak Faiz singgah kampung Binjai beli jagung.


Sebelum sampai rumah kakak, Cie singgah kat Secret Recipe Bentong beli kek chocolate indulgence kegemaran semua. Beli yang besar terus la.




Antara menu yang dimasak oleh kakak Cie dan anaknya. Anak buah Cie memang pandai masak.
  1. Ikan siakap steam
  2. Ikan siakap sweet sour
  3. Sotong celup tepung
  4. Ikan celup tepung
  5. Udang salted egg
  6. Sup ayam
  7. Sayur campur goreng
  8. Ulaman
  9. Sambal kuini
  10. Buah jambu batu dan jambu merah




Minum petang pulak ada beberapa menu lagi:
  1. Bubur jagung
  2. Jagung rebus
  3. Pisang goreng
  4. Sandwich sardin




Majlis sambutan birthday kali ini juga jadi lebih bermakna sebab dapat raikan sekali terus untuk abang ipar 15 Mei, kakak keenam 30 Mei, suami Cie 2 Jun dan kakak kedua 11 Jun. Tak perlu terlalu grand, cukup dengan doa yang baik-baik, sesi potong kek dan gambar bersama keluarga pun dah cukup buat kenangan manis.

Gambar ni la ramai confuse ingatkan birthday Cie ada yang wish dah pun. Hihi. Suruh semua pegang sekali pisau taknak terpaksa la i sorang acah-acah nak potong kek


Bila tengok balik gambar-gambar gathering, memang terasa momen macam ni sangat berharga. Anak-anak buah dapat berkumpul sekali walaupun tak semua ada. Gambar Cie malas nak upload kat sini, malas nak tutup muka. Demi menjaga privacy ahli keluarga. 

Semoga hubungan kekeluargaan sentiasa erat dan diberi peluang lagi untuk berkumpul macam ni pada masa akan datang. Selamat hari lahir buat semua birthday Mei dan Jun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Ada masa nanti bolehlah repeat lagi gathering macam ni. Yang penting bukan makanan atau tempat, tapi kebahagiaan bila dapat kumpul satu keluarga. Dah plan next gathering nak pergi picnic pulak.

Kami balik pukul 7. Kakak ajak tunggu dinner kami dah tak larat nak makan banyak sangat menu tersandar kekenyangan. Singgah Gali solat Maghrib dan teruskan perjalanan sampai rumah 8.45 malam.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Yang penting dapat berkumpul ramai2, kadang makanan banyak tak habis pun sebab borak je kan 😄😄

    BalasPadam
  2. Dapat berkumpul ramai² gini memang best. Bukan selalu dapat moment berharga macam ni..
    Sanah helwah utk semua

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..yang penting, dapat berkumpul..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.