Kenduri Raikan Cinta Syidah Dan Amir

31 Mei 2026 yang lepas telah berlangsung majlis raikan cinta pasangan pengantin Syidah dan Amir yang bertempat di Dewan Jubli Kuala Lipis


Pengantin perempuan (Syidah) merupakan anak saudara sepupu Cie. Ayah pengantin tu sepupu Cie. Anak saudara arwah ayah. Kiranya saudara sebelah ayah Cie la ni. 


Kami sampai ke dewan jam 12pm. Pengantin belum sampai masa tu. Masuk je dewan terus beramah mesra dengan saudara mara. Keluarga pengantin jemput kami makan. Kami pun terus ke kaunter buffet yang disediakan.

Antara menu yang ada nasi putih, ayam masak merah, gulai daging, ulam salad, sambal belacan dan tembikai. Ada juga dessert table tapi kami tak ambil pun. Makan nasi jela.



Siap je kami makan, pengantin pun sampai. Mulanya dulang girls dan boys dulu masuk bawak hantaran. Lepas tu baru la pengantin masuk. Dimulakan dengan bacaan selawat oleh pengantin lelaki sendiri. Tak ingat Cie selawat apa tak berapa clear waktu MC tu cakap.

Masa berborak dengan makcik pengantin katanya kedua pengantin ni ustaz dan ustazah. Kakak Cie agak dah bila dengar pengantin tu alunkan selawat.

Lama jugak kami duk kat dewan tu duk berborak dengan saudara mara ayah yang dah lama kami tak jumpa. Saudara mara kebanyakkan tak kenal Cie yang dewasa ni. Hahah. Bila kenalkan ni yang bongsu baru la mereka ingat. Katanya nampak muda ingatkan anak kakak Cie. Bila tunjuk 2 beradik tu anak-anak Cie mereka cakap nampak sama je dengan anak. Kembang la Cie orang puji nampak muda. Hahaha.

Cie kan dah takde makcik pakcik belah ayah. Adik beradik ayah semua dah meninggal. Hanya tinggal makcik yang kami panggil makndak, isteri kepada pakndak adik beradik ayah. Makndak ni nenek pengantin perempuan tu. Tu jela makcik yang ada. Yang jauh sikit ada la juga macam sepupu-sepupu ayah. Tu yang kebanyakkan tak kenal Cie.


Gitu la kan. Lama tak bersua dan ada yang jumpa last masa kecil dulu mana la nak ingat. Cie kenal jela muka mereka cuma mereka la ada yang tak kenal Cie. Time kenduri gini la dapat bertegur sapa. Banyak juga ambil gambar kenangan cuma tu la malas Cie nak edit blur kan muka mereka tu. Simpan kenangan sendiri jela.

Macam biasa kan kalau kenduri mesti la ada doorgift. Cie tengok ada 3 jenis doorgift yang mereka sediakan. Anak-anak Cie pun dapat. Faiz keluar dewan awal dapat bunga telur. Masa kami balik tu takde dah bunga telur.


Yang kami dapat box yang ada sabun dan tisu. Anak-anak pulak dapat piring daun. Yang lagi tu macam tepung serbaguna rasanya dalam kotak. Kami tak dapat yang tu. Zaman sekarang ni macam-macam idea bagi doorgift kat tetamu.

Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kenduri sekarang ni selalu ada cermin nama pengantin tu.

    BalasPadam
  2. bagusnya bila ada kenduri kahwin mcm ni dptlah merapatkan silaturrahim dgn sedara-mara yg dah lama x berjumpa...

    BalasPadam
  3. Moga bahagia selamanya buat pasangan pengantin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.