2 Jun 2026
Malas nak masak dinner so kami keluar makan. Kedai baru buka berdekatan dengan rumah. Nama kedainya Thai Syahirah. Sebelum ni pernah dah lalu tapi kedai full. Malam tu ada meja kosong so kami singgah.
Antara menu yang kami order:
Mi goreng daging - Faiz
Kuetiau ladna - Cie
Colek buah
Nasi goreng udang - adik Rania
Nasi goreng seafood - kakak Raisha
3 Jun 2026
Kembali masuk kitchen untuk masak dinner. Balik kerja kelentung kelentang kat dapur. Cie masak ayam kukus halia, telur dadar, kobis bulat goreng dan sambal kuini.
4 Jun 2026
Hari Khamis kakak Raisha puasa ganti. Cie dan adik Rania teman la kakak, kami puasa sunat hari Khamis. Kakak Raisha request ayam berlado, takde pulak cili besar dalam chiller so terus tukar menu ayam goreng thai, telur mata kicap, ulam timun, tempoyak.
Faiz pulak teringin nak makan sate katanya. Cie cakap jela jangan order banyak takut tak habis. Faiz beli 20 cucuk. Habis licin kami makan. Lama tak makan sate.
5 Jun 2026
Nak menghabiskan daging dalam freezer. Cie masak la daging goreng kunyit, sup ayam, ulam timun dan sambal kuini. Daging kerbau korban pemberian ustazah KAFA merangkap jiran seberang jalan. Anak-anak suka daging goreng kunyit.
Sekian menu dinner untuk minggu pertama Jun. Nanti Cie share lagi menu. Kekadang takde idea nak masak apa jadi boleh la refer semula untuk dapatkan idea menu dinner.











16 Ulasan
Suka tengok variasi menu dalam keluarga Cie ni. Kira anak² & suami tak cerewet dan tekak mereka boleh terima pelbagai jenis masakan simple atau berat. Kalau suami akak, balik² Kari dengan sambal aje la dia suka.
BalasPadamSyabas Cie, teruskan menyantuni family dgn masakan2 yg sedap
BalasPadamLamanya tak pekena kueytiau ladna
BalasPadamSedapnya colek buah.
BalasPadamsy jarang dah keluar makan malam. isteri lebih suka masak sbb lebih jimat. Tp sekali-sekala kami keluar gak utk sambut birthday kat luar dgn anak2...
BalasPadamWah daging kerbau. Jarang ada.
BalasPadamsy suka kalau order nasi goreng dpt semangkuk sup... rasa puas bila mkn
BalasPadamSotong tu dah masuk dalam nasi goreng seafood kakak.. hihi..
BalasPadamTu tak jumpa dalam kuewtiow ladna Cie.
Cepat Kakak Raisha ganti puasa... ada yang meneman lagi semangat dia. Wafi ni belumlah nak mengganti... rasa kena tunggu cuti sekolah.
BalasPadamMelihat sate langsung teringin 😍. Nanti nak cari di KL. Macam tak sabar menunggu kesana 😄
BalasPadamTerbaik Cie. Role model utk isteri2 yang bekerja tetapi masih sempat menyiapkan makanan dirumah. 💐
BalasPadam#doneterliur tengok semua lauk =D
BalasPadamada sate tu yg kita suka!
BalasPadamBerkat masakan kepada family..puas hati makan suci murni..
BalasPadamKemain warna mi goreng daging tu..
BalasPadamMeriah menu masakan Cie..
inspirasi sgt!! moga2 MZ akan rajin masak2
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.