2 Jun 2026
Malas nak masak dinner so kami keluar makan. Kedai baru buka berdekatan dengan rumah. Nama kedainya Thai Syahirah. Sebelum ni pernah dah lalu tapi kedai full. Malam tu ada meja kosong so kami singgah.
Antara menu yang kami order:
Mi goreng daging - Faiz
Kuetiau ladna - Cie
Colek buah
Nasi goreng udang - adik Rania
Nasi goreng seafood - kakak Raisha
3 Jun 2026
Kembali masuk kitchen untuk masak dinner. Balik kerja kelentung kelentang kat dapur. Cie masak ayam kukus halia, telur dadar, kobis bulat goreng dan sambal kuini.
4 Jun 2026
Hari Khamis kakak Raisha puasa ganti. Cie dan adik Rania teman la kakak, kami puasa sunat hari Khamis. Kakak Raisha request ayam berlado, takde pulak cili besar dalam chiller so terus tukar menu ayam goreng thai, telur mata kicap, ulam timun, tempoyak.
Faiz pulak teringin nak makan sate katanya. Cie cakap jela jangan order banyak takut tak habis. Faiz beli 20 cucuk. Habis licin kami makan. Lama tak makan sate.
5 Jun 2026
Nak menghabiskan daging dalam freezer. Cie masak la daging goreng kunyit, sup ayam, ulam timun dan sambal kuini. Daging kerbau korban pemberian ustazah KAFA merangkap jiran seberang jalan. Anak-anak suka daging goreng kunyit.
Sekian menu dinner untuk minggu pertama Jun. Nanti Cie share lagi menu. Kekadang takde idea nak masak apa jadi boleh la refer semula untuk dapatkan idea menu dinner.











2 Ulasan
Suka tengok variasi menu dalam keluarga Cie ni. Kira anak² & suami tak cerewet dan tekak mereka boleh terima pelbagai jenis masakan simple atau berat. Kalau suami akak, balik² Kari dengan sambal aje la dia suka.
BalasPadamSyabas Cie, teruskan menyantuni family dgn masakan2 yg sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.