Pencapaian BookDoc April & Mei 2026: Dari Bronze ke Gold

Cie mula menggunakan Bookdoc ni pada 4 Jun 2018. Kiranya dah masuk 8 tahun la. Cuma sekadar daftar jela takde menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada dalam Bookdoc tersebut sehingga la bermula Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Antara Jabatan Kesihatan Negeri pada 27 April baru la Cie aktif sepenuhnya lebih 10,000 langkah setiap hari.

Alhamdulillah, ada satu pencapaian kecil yang cukup bermakna untuk Cie sepanjang penggunaan aplikasi BookDoc bagi bulan April dan Mei 2026. Bila tengok semula perjalanan steps harian, memang nampak perubahan yang sangat besar dalam tempoh yang singkat.


Untuk bulan April 2026, average daily steps Cie ialah sebanyak 3,584 steps dan berjaya merangkul kategori Bronze. Sebenarnya bukan tak berjalan langsung, cuma ketika itu masih belum konsisten mencapai 10,000 langkah sehari dan tak refresh Activ di Bookdoc.

Tanggal 27 April 2026 menjadi titik permulaan apabila Cie mula lebih konsisten melakukan aktiviti harian yang membantu meningkatkan jumlah langkah setiap hari. Bukan semata-mata berjalan kaki sahaja, tetapi turut disertakan dengan senaman ringan, brisk walk, banyak bergerak di rumah, berjalan ketika bekerja dan aktiviti kecil harian yang sama-sama menyumbang kepada jumlah steps.

Bila dibuat setiap hari, rupanya memang nampak perubahan yang besar.

Masuk sahaja bulan Mei 2026, hasil konsisten itu memang sangat terasa. Average daily steps meningkat kepada 13,689 steps dan Alhamdulillah berjaya merangkul kategori Gold dalam BookDoc.


Memang seronok bila nampak perubahan daripada Bronze ke Gold dalam masa yang singkat. Dari langkah kecil akhirnya jadi satu rutin yang menyeronokkan. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka benda yang bermula secara perlahan boleh beri hasil yang membanggakan bila dibuat secara konsisten.

Selain untuk kesihatan, aktiviti bergerak setiap hari juga membantu badan rasa lebih segar dan lebih aktif. Tak perlu terlalu ekstrem, kadang-kadang perubahan kecil yang dibuat secara berterusan sebenarnya memberi hasil yang besar.

Semoga momentum ini dapat diteruskan lagi untuk bulan-bulan seterusnya dan semoga terus istiqamah menjaga kesihatan dengan cara yang sederhana tetapi konsisten.


Catat Ulasan

0 Ulasan