Entri ni Cie nak share menu dinner 23 hingga 31 Mei 2026 yang lepas. Ada menu masak, ada menu yang beli, ada yang makan di kedai. Ada yang makan dari lunch sampai dinner.
23 Mei 2026
Masak lemak ayam, ikan masin goreng, sambal ikan bilis goreng, ulam timun dan kacang panjang, sambal tempoyak.
24 Mei 2026
Tak masak masa ni malas. Faiz bungkus je burger petak dari Kebun Cafe. Burger petak tu sebab guna roti putih petak disalut dengan telur. Dalam tu sama je patty ayam burger biasa tu jugak. Burger yang biasa tu untuk Faiz. Burger petak untuk kami 3 beranak.
25 Mei 2026
Paru goreng berlado, sup ayam dan sayur goreng. Sayur siew pak choy dan kobis panjang Cie campur je goreng. Paru berlado tu rebus dalam periuk noxxa dulu lepas tu baru potong. Masak jugak sup ayam sebab adik Rania tak makan paru.
26 Mei 2026
Menu dinner kalau dah bosan makan nasi, kita tukar menu simple je. Malam raya haji 26 Mei ni tu yang masak simple je. Mi goreng dan telur mata je. Telur mata dah takde mata. Telur dah lama gitu la bercampur putih dan kuning.
27 Mei 2026
Raya haji tak masak menu dinner. Repeat makan menu raya dari pagi sampai malam.
28 Mei 2026
Raya haji yang kedua dah mula masak menu daging korban. Cie masak sup tulang daging korban, telur dadar dan bendi goreng.
29 Mei 2026
Dinner kat kedai Alamanda Kuala Lipis. Masa tu dah lewat kami makan. Balik dari Cameron tu sampai rumah dah Maghrib, lepas Isyak rasanya baru keluar. Cari kedai banyak tutup. Tengok kedai nasi goreng ayam Alamanda tu buka kami pun terus la singgah. Dah duduk pelayan kata nasi goreng ayam dah habis. Nasi goreng lain je ada. Kami pun order jela nasi goreng pataya untuk adik Rania, kakak Raisha nasi goreng kampung. Cie dan Faiz nasi goreng paprik. Tapi tak ambil gambar.
30 Mei 2026
Balik kampung kejap je masa ni. Kakak dari Bentong ada balik. Cie masa daging kicap. Yang lain tu semua menu Kak Long masak. Ada patin tempoyak, sambal hitam, telur dadar, bendi celur, pucuk ubi kayu celur, bayam brazil. Makan ramai-ramai memang sedap menu kampung.
31 Mei 2026
Last menu dinner untuk penutup Mei. Cie masak daging goreng kunyit, telur mata kicap dan peria goreng taucu. Selagi ada daging, menu daging jela setiap hari. Rezeki dapat daging korban.
Tamat dah cerita menu dinner untuk Mei. Kalau rajin nanti Cie share menu dinner Jun pulak. Cie masak dinner je kalau hari kerja tu yang banyak entri menu dinner. Tapi menu dinner dan lunch sesuai je. Mana tau dari sharing Cie ni boleh bagi idea untuk korang nak masak.








1 Ulasan
Tertarik pada Burger Petak. Cam tak jumpa lagi kat sini. Peria goreng taucu menarik juga untuk dicuba.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.