Menu Dinner: 23 Mei - 31 Mei 2026

Dah masuk Jun tapi kita masih nak cerita menu dinner bulan Mei. Ni bermakna dah habis la segala entri raya haji, entri bercuti dan entri lain-lain baru la kita kembali ke menu dinner. Untuk pastikan blog ni tak sunyi sepi tanpa sebarang entri. 


Entri ni Cie nak share menu dinner 23 hingga 31 Mei 2026 yang lepas. Ada menu masak, ada menu yang beli, ada yang makan di kedai. Ada yang makan dari lunch sampai dinner.


23 Mei 2026


Masak lemak ayam, ikan masin goreng, sambal ikan bilis goreng, ulam timun dan kacang panjang, sambal tempoyak. 

24 Mei 2026


Tak masak masa ni malas. Faiz bungkus je burger petak dari Kebun Cafe. Burger petak tu sebab guna roti putih petak disalut dengan telur. Dalam tu sama je patty ayam burger biasa tu jugak. Burger yang biasa tu untuk Faiz. Burger petak untuk kami 3 beranak.


25 Mei 2026


Paru goreng berlado, sup ayam dan sayur goreng. Sayur siew pak choy dan kobis panjang Cie campur je goreng. Paru berlado tu rebus dalam periuk noxxa dulu lepas tu baru potong. Masak jugak sup ayam sebab adik Rania tak makan paru.


26 Mei 2026


Menu dinner kalau dah bosan makan nasi, kita tukar menu simple je. Malam raya haji 26 Mei ni tu yang masak simple je. Mi goreng dan telur mata je. Telur mata dah takde mata. Telur dah lama gitu la bercampur putih dan kuning.


27 Mei 2026

Raya haji tak masak menu dinner. Repeat makan menu raya dari pagi sampai malam. 


28 Mei 2026


Raya haji yang kedua dah mula masak menu daging korban. Cie masak sup tulang daging korban, telur dadar dan bendi goreng.


29 Mei 2026

Dinner kat kedai Alamanda Kuala Lipis. Masa tu dah lewat kami makan. Balik dari Cameron tu sampai rumah dah Maghrib, lepas Isyak rasanya baru keluar. Cari kedai banyak tutup. Tengok kedai nasi goreng ayam Alamanda tu buka kami pun terus la singgah. Dah duduk pelayan kata nasi goreng ayam dah habis. Nasi goreng lain je ada. Kami pun order jela nasi goreng pataya untuk adik Rania, kakak Raisha nasi goreng kampung. Cie dan Faiz nasi goreng paprik. Tapi tak ambil gambar.


30 Mei 2026


Balik kampung kejap je masa ni. Kakak dari Bentong ada balik. Cie masa daging kicap. Yang lain tu semua menu Kak Long masak. Ada patin tempoyak, sambal hitam, telur dadar, bendi celur, pucuk ubi kayu celur, bayam brazil. Makan ramai-ramai memang sedap menu kampung.


31 Mei 2026


Last menu dinner untuk penutup Mei. Cie masak daging goreng kunyit, telur mata kicap dan peria goreng taucu. Selagi ada daging, menu daging jela setiap hari. Rezeki dapat daging korban.

Tamat dah cerita menu dinner untuk Mei. Kalau rajin nanti Cie share menu dinner Jun pulak. Cie masak dinner je kalau hari kerja tu yang banyak entri menu dinner. Tapi menu dinner dan lunch sesuai je. Mana tau dari sharing Cie ni boleh bagi idea untuk korang nak masak.



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Tertarik pada Burger Petak. Cam tak jumpa lagi kat sini. Peria goreng taucu menarik juga untuk dicuba.

    BalasPadam
  2. Laaaaa... camana uncle tak tau wujud burger petak ni?

    BalasPadam
  3. Lauk last tu memang best. Telur mata kicap dgn peria tapi peria taucu belum pernah makan. Boleh try nanti.

    BalasPadam
  4. Bnyk menu daging ye, mungkin sebab raya haji kan.. menu simple tapi semua nmpk sedap

    BalasPadam
  5. meriahnya cie... macam macam ado tu heheh

    BalasPadam
  6. Puas hati bila air tangan sendiri..makanan seimbang..memang pakar memasak ni..

    BalasPadam
  7. pernah nampak burger petak tapi x ingat kat mana...daging korban akak semua dah habis...settled masak...tapi la ni terbayang2 sup gearbox plak...aduhai..dapnyaaa

    BalasPadam
  8. Burger petak tu nmpk menarik =D

    BalasPadam
  9. Tengok pada menu yang dikongsi ni, nampaknya Cie lebih rajin memasak. Syabas, Cie!

    BalasPadam
  10. inspiring sgt sbb cie rajin masak2!

    BalasPadam
  11. Udah la belum breakfast. Langsung menyesal masuk blog ini pagi-pagi😅Burger petak itu macam menggoda

    BalasPadam
  12. Boleh jadi idea masak kita ni.. semua nampak sedap...

    BalasPadam
  13. Sedapnya menu 23 dengan 30 mei. Rasa nak sua pinggan laa hahaha

    BalasPadam
  14. Burger petak itu cara saya buat burger juga. Krn malas beli Bun yg bulat 😄😄. Memang sedaaap pun

    Menu balik kampung nya kliatan sedap kak. Aneka sayur dan sambal, memang selalu JD fav saya 😍😍.

    BalasPadam
  15. Meriah menu kampung. Makan pula ngan family. Bertambah nasi..

    BalasPadam
  16. Rajin Cie masak..
    Burger petak tu pertama kali Sha tengok.. Menarik..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.