Pagi Sabtu tu terus la beli bahan steamboat. Cari roasted sesame kewpie nak buat sos ala sukiya kat BS Freshmart takde botol kecil. Singgah Mini Ria takde pulak.
Dah sampai rumah terlupa pulak beli perencah oden Adabi tu. Masa Faiz keluar terus suruh dia carikan. Dia beli sepeket perencah oden Adabi yang perisa kim chi. Cie whatsapp gambar perisa tomyam. Bantai jela yang tu ok je.
Petang tu dia balik rumah bawak perencah oden yang tomyam pulak dengan roasted sesame kewpie. Cie guna yang kim chi tu jela.
Sos ala sukiya tu Cie pernah dah share Resipi Sos Ala Sukiya. Yang tu guna 5 bahan. Yang kali ni Cie buat 4 bahan je, daun sup takde. Sedap jugak habis kami makan. Mulanya nak grill daging tapinya Faiz balik lambat beli sos tu ingatkan dia tak beli dah tu yang tak perap daging.
Sos tu makan dengan sosej grill, cicah dengan bahan steamboat tu pun sedap. Cie tengok kat threads viral jugak sos ni mereka makan dengan bayam celur dan sayuran lain jugak. Sedap try la buat. Makan dengan ayam bbq pun sedap jugak.
Kakak Raisha nak mi segera, Cie sedia la 2 keping. Habis licin semua kami makan. Berselera masing-masing makan walaupun selsema tak baik lagi.
Yang ni memang sepeket tu assorted cukup 4 orang makan
Dinner simple macam ni makan kat rumah sekeluarga sambil borak-borak pun dah seronok.






0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.