Dinner 6 Jun 2026: Steamboat Dan Sos Ala Sukiya

Hari Sabtu baru ni Cie buat steamboat je untuk menu dinner. Request by anak-anak. Lama dah katanya ibu tak buat steamboat. Tahun lepas buat dinner steamboat tu rupanya. Berguna jugak la Pensonic Multi Grill BBQ & Steamboat Cie tu.


Pagi Sabtu tu terus la beli bahan steamboat. Cari roasted sesame kewpie nak buat sos ala sukiya kat BS Freshmart takde botol kecil. Singgah Mini Ria takde pulak.

Dah sampai rumah terlupa pulak beli perencah oden Adabi tu. Masa Faiz keluar terus suruh dia carikan. Dia beli sepeket perencah oden Adabi yang perisa kim chi. Cie whatsapp gambar perisa tomyam. Bantai jela yang tu ok je.

Petang tu dia balik rumah bawak perencah oden yang tomyam pulak dengan roasted sesame kewpie. Cie guna yang kim chi tu jela.

Sos ala sukiya tu Cie pernah dah share Resipi Sos Ala Sukiya. Yang tu guna 5 bahan. Yang kali ni Cie buat 4 bahan je, daun sup takde. Sedap jugak habis kami makan. Mulanya nak grill daging tapinya Faiz balik lambat beli sos tu ingatkan dia tak beli dah tu yang tak perap daging.


Sos tu makan dengan sosej grill, cicah dengan bahan steamboat tu pun sedap. Cie tengok kat threads viral jugak sos ni mereka makan dengan bayam celur dan sayuran lain jugak. Sedap try la buat. Makan dengan ayam bbq pun sedap jugak.


Kakak Raisha nak mi segera, Cie sedia la 2 keping. Habis licin semua kami makan. Berselera masing-masing makan walaupun selsema tak baik lagi.

Yang ni memang sepeket tu assorted cukup 4 orang makan



Dinner simple macam ni makan kat rumah sekeluarga sambil borak-borak pun dah seronok. 


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Mmg sonok kan dpt makan sesama family.... kat rumah kita pun kdg bdk² ni suka btul buat stimbot

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, nampak sedap dan menyegarkan.

    BalasPadam
  3. Steamboat ini memang sedap malam ramai2. Apalagi kalau sedang hujan kak 😍😍. Sesuai dengan cuaca dingin

    BalasPadam
  4. Apabila tengok stimbot baru ingat lama kitorang tak buat.

    BalasPadam
  5. Betul tu..makan macam ni la yang seronok sangat..Kak SA pun dh lama x buat..

    BalasPadam
  6. Betul cie seronok kan memikmati mkn mlm sama2 ank2 sekeluarga sambil bercerita. Mestii sedar2 dah habis mknan he hee
    Dah lamaa x rasa suasana gini
    Cam dulu2 blk kg dgn arwah makayah
    Mkn bersilaa

    BalasPadam
  7. Aduhai..Trliur tgk. Tp xde rasa craving sbb hari tu dh dpt mkn oden dr family mart =D

    BalasPadam
  8. Selalu rasa nak tiru Cie buat steamboat ni tapi fikirkan banyaknya bahan. Rupa-rupanya tak banyak pun ek. Nak kena tiru jugak ni, tapi nak kena beli multigrill & steamboat tu dulu la kot, baru betul jadi.

    BalasPadam
  9. Kalau keluarga akak ni dah macam piknik bersama keluarga makan ramai-ramai walaupun hanya di rumah saje.

    BalasPadam
  10. Sesekali buat macam ni memang layanlah.. Sha pun lama tak buat..

    BalasPadam
  11. Sos ala sukiya tu, akak baru tahu setelah baca entri Cie ni. Menarik untuk dicuba. Lama sudah tak buat stimbot di rumah macam ni. 😋

    BalasPadam
  12. Ini kalau ada seafood lagi terangkat ni.. makan ramai-ramai mcam ni memang best

    BalasPadam
  13. tak tahu pula pasal sos yang viral dekat threads tu, boleh cuba nanti.

    Salam kenal, first time bw ke sini :)

    BalasPadam
  14. sedapnya steamboat! MZ dh lama gak tak layan steambot ni

    BalasPadam
  15. Sos sukiya pun akak tak tahu Cie 😆

    Rasanya lebih seronok makan gini di rumah. Lebih santai.

    BalasPadam
  16. Masak2 Steamboat kat umah best tu.. Nk plak buat sukiya sauce tu.. Yummyy

    BalasPadam
  17. Betul Cie. Makan dgn family simple² gini pun sedap. Asyik lupa la nak try sos sukiya ni

    BalasPadam
  18. Sedap tu sos sukiya.... bahannya pun mudah. Cuma rajin tak rajin lah macam akak hehe

    BalasPadam
  19. Masak2 makan dgn family memang puas hati kan.

    BalasPadam
  20. Selamat memasak dari hati..tahniah rajin masak untuk family tersayang

    BalasPadam
  21. KSarie suka baca perkongsian Cie yang rajin memasak untuk keluarga tersayang. Bila la KSarie hendak memasak ini ye

    BalasPadam
  22. Lama dah rumah kami tak buat steamboat camni. Last time pergi rumah kakak kat Penang dptla buat, tu pun bahannya melimpah limpah smpai tak larat nak makan

    BalasPadam
  23. Multi grill tu ada kat rumah. Mula2 beli rajin la buat. Tapi tula, makan kat luar juga akhirnya🤭

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.