Tukar Penapis Air Cuckoo Kepada Midea: Berbaloi Atau Tidak?

Cie adalah pengguna penapis air Cuckoo sejak Januari 2018 dan kontrak sewaan dah berakhir pada Januari 2025. Kiranya dah setahun beberapa bulan la tiada service.



Kat kampung pun dulu pasang penapis Cuckoo juga supaya senang ayah nak buat air. Sekarang yang tu pun dah tamat kontrak. Cie tak sambung jugak dah. Kak Long pun jarang sangat guna tu. 

Nak sambung kontrak memang tidak la. Taknak dah ada komitmen bulanan. Nak service sendiri tak pandai pulak kan. Beberapa minggu lepas yang kat rumah Cie air sejuk dah tak sejuk. So bincang dengan Faiz dan kami decide nak tukar kepada penapis air Midea je.

Ramai cakap filter Midea tu lebih mudah nak tukar. Kat Shopee pun ada. Penapis air Midea ni pun Cie beli kat Shopee je. 


Kenapa Cie Tukar Dari Cuckoo Ke Midea?

Antara sebab utama ialah kos komitmen bulanan. Kebanyakan model Cuckoo menggunakan sistem sewa yang memerlukan bayaran setiap bulan selama beberapa tahun. Walaupun servis dan tukar filter disediakan, jumlah keseluruhan bayaran boleh jadi agak tinggi dalam jangka panjang.  



Sebaliknya, Midea lebih popular dengan konsep beli terus (outright purchase). Pengguna hanya perlu membeli mesin dan menukar filter sendiri apabila tiba masanya.


Kelebihan Tukar Kepada Midea

Jimat Kos Bulanan

Tiada lagi bayaran bulanan setiap bulan. Ini sesuai untuk pengguna yang mahu kawal komitmen kewangan rumah. Banyak la jimat dulu Cie bayar 2 kontrak untuk rumah sendiri dan rumah ayah di kampung. Sekarang kontrak dah tamat Cie jimat RM120 sebulan.

Penjagaan Lebih Fleksibel

Penukaran filter boleh dibuat sendiri tanpa perlu tunggu appointment servis. 

Mudah Dapat Filter

Filter Midea kini mudah dibeli secara online dan harganya lebih murah berbanding sesetengah model premium. Boleh beli kat Shopee je.


Sesuai Untuk Pengguna Minimalis

Kalau kita perlukan air bersih untuk minum dan memasak tanpa terlalu banyak fungsi tambahan, Midea mungkin sudah mencukupi. Yang Cie beli ni ada 3 suhu air.


Ada Kekurangan Tak?

Sudah tentu setiap jenama ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Cuckoo terkenal dengan servis berkala, pensterilan, serta sistem penapisan yang lebih premium seperti Nano Positive Filter dan teknologi auto sterilisation.  

Jadi bila bertukar kepada Midea, pengguna perlu lebih rajin menjaga mesin sendiri termasuk:
  • Tukar filter ikut jadual
  • Bersihkan tangki atau dispenser
  • Pantau keadaan mesin
Kalau terlupa servis atau tukar filter terlalu lama, kualiti air mungkin terjejas.

Sesuai Tukar Kepada Midea Jika

  • Mahu kurangkan komitmen bulanan
  • Tidak suka kontrak panjang
  • Sanggup buat penyelenggaraan sendiri
  • Mahu pilihan lebih bajet
  • Penggunaan air tidak terlalu tinggi

Masih Sesuai Kekal Dengan Cuckoo Jika:

  • Mahu servis lengkap berkala
  • Tidak mahu pening tukar filter sendiri
  • Suka fungsi premium seperti air panas/sejuk segera
  • Mahu sistem lebih automatik

Akhirnya semuanya bergantung kepada bajet dan gaya hidup masing-masing. Ada pengguna lebih suka kemudahan servis berkala seperti Cuckoo, manakala ada yang lebih selesa berjimat dengan sistem DIY seperti Midea.

Untuk keluarga yang mahu kurangkan komitmen bulanan tetapi masih perlukan penapis air moden, pertukaran daripada Cuckoo kepada Midea memang boleh jadi pilihan yang berbaloi.

Cie beli yang model Midea YL-2381 RM565.14. Faiz bagi Cie duit dah beberapa bulan dah suruh beli. Cie tunggu waktu harga tu murah sikit sebenarnya. Tunggu sales 5.5 hari tu pun tak murah sangat. Tunggu punya tunggu beli jela takut nanti makin mahal pulak. Ok dah harga tu model yang macam peti ais ada pintu.

Ada 3 suhu air panas, suhu biasa, sejuk. Order dari seller tu pun cepat je sampai. Cie order 12 Mei, 14 Mei dah sampai. Cuma kena pick up sendiri. Runner Shopee tu cakap tak muat masuk kereta dia. Faiz ambil kat hub Shopee tu naik Axia je masa dia ambil kakak Raisha sekolah. Muat je. Maybe runner tu malas nak angkut berat dan barang dia yang lain banyak kot. Sambil lalu dari sekolah kakak ke rumah tu yang Faiz singgah ambil terus.

Faiz mintak kawan dia install. Dia malas nak pening fikir cara nak pasang kot. Cie balik rumah tengok dah terpasang. Sekarang dah pakai penapis air Midea ni dah beberapa minggu. Alhamdulillah semuanya ok air pun sejuk dan sedap je.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. MZ pun my cuckoo dh abih byr/abih contract last year lagi..dan memang i tak sambung dah, tak amik yg baru pun...sbb utama, mls nak byr bulan2..sama mcm cie..sbb kedua, mcm nak jimat letrik la jugakkkk so now, kami beli air mineral ajer selain masak air (utk air panas) guna jug kettle..jrg2 jer minum air panas kat rumah MZ ni

    BalasPadam
  2. Uncle lagi suka tiada kos bulanan tu...

    BalasPadam
  3. Kiteorang guna penapis air LG. Bayaran bulanan RM35, filter tukar sendiri (LG poskan filter ke rumah setiap 6 bulan). Kiteorg pilih LG sebab design dia slim sesuai la dgn dapur kiteorg yg comel 😅

    BalasPadam
  4. Kita geng la cie..Geng pakai Midea =)

    BalasPadam
  5. Kalau habis contract Coway ni, saya pun rasa dah taknak guna lagi. beli yang servis sendiri aje macam Midea ni. Dulu sebab anak kecik kecik lagi... ada yang masih minum susu... sekarang semua dah besar dan boleh harap untuk tolong mama kat rumah

    BalasPadam
  6. Tq Cie for info. Contact penapis air kami masih ada, tapi boleh la recce dulu. Sbb Akk pun kalau boleh nak reduce komitmen bulanan.

    BalasPadam
  7. Kat umh mertua pki midea sama mcm cie tu... Mmg xpernh pki yg coway or cuckoo..

    BalasPadam
  8. Banyak barang kot runner Shopee tu, sampai tak muat kereta dia..
    Lega dah tak payah bayar bulanan..

    BalasPadam
  9. Jimat dah 120 sebulan. Betul, zaman sekarang kalau boleh, nak kurangkan komitmen bulanan.

    BalasPadam
  10. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan ya kak. Kalau utk dispenser air , saya pun pakai yg bukan sewa. Memang beli langsung. Tp utk penghancur sisa makanan supaya jadi compos, saya pasang mesin yg disewa. Mungkin secara jangka panjang lebih mahal, tp bagi saya lebih praktis Krn selalu ada teknisi nya

    BalasPadam
  11. Beli yang servis sendiri ini lagi berbaloi kan Cie.. Senang tak ada komitmen bulanan..

    BalasPadam
  12. Kurang komitmen dah... takpe... servis 6 bulan sekali macam servis kereta.

    BalasPadam
  13. Betul senang dah tiada komitmen bulanan

    BalasPadam
  14. Ingatkan semua jenis penapis air ni kena bayar contract bulanan tu. Kat umah saya pun ada coway, setahun ke 2 tahun gakla membayarnya. Sekarang dh habis laa

    BalasPadam
  15. Penapis air kami brand Elken sangat tahan, masih elok..walau dah bertahun..cuma service jika dah meragam.

    BalasPadam
  16. Rumah mama pun tukar Midea ni tak salah. Tak pakai Cuckoo sebab taknak tambah komitmen juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.