Pagi Sabtu tu terus la beli bahan steamboat. Cari roasted sesame kewpie nak buat sos ala sukiya kat BS Freshmart takde botol kecil. Singgah Mini Ria takde pulak.
Dah sampai rumah terlupa pulak beli perencah oden Adabi tu. Masa Faiz keluar terus suruh dia carikan. Dia beli sepeket perencah oden Adabi yang perisa kim chi. Cie whatsapp gambar perisa tomyam. Bantai jela yang tu ok je.
Petang tu dia balik rumah bawak perencah oden yang tomyam pulak dengan roasted sesame kewpie. Cie guna yang kim chi tu jela.
Sos ala sukiya tu Cie pernah dah share Resipi Sos Ala Sukiya. Yang tu guna 5 bahan. Yang kali ni Cie buat 4 bahan je, daun sup takde. Sedap jugak habis kami makan. Mulanya nak grill daging tapinya Faiz balik lambat beli sos tu ingatkan dia tak beli dah tu yang tak perap daging.
Sos tu makan dengan sosej grill, cicah dengan bahan steamboat tu pun sedap. Cie tengok kat threads viral jugak sos ni mereka makan dengan bayam celur dan sayuran lain jugak. Sedap try la buat. Makan dengan ayam bbq pun sedap jugak.
Kakak Raisha nak mi segera, Cie sedia la 2 keping. Habis licin semua kami makan. Berselera masing-masing makan walaupun selsema tak baik lagi.
Yang ni memang sepeket tu assorted cukup 4 orang makan
Dinner simple macam ni makan kat rumah sekeluarga sambil borak-borak pun dah seronok.






23 Ulasan
Mmg sonok kan dpt makan sesama family.... kat rumah kita pun kdg bdk² ni suka btul buat stimbot
BalasPadamAlhamdulillah, nampak sedap dan menyegarkan.
BalasPadamSteamboat ini memang sedap malam ramai2. Apalagi kalau sedang hujan kak 😍😍. Sesuai dengan cuaca dingin
BalasPadamApabila tengok stimbot baru ingat lama kitorang tak buat.
BalasPadamBetul tu..makan macam ni la yang seronok sangat..Kak SA pun dh lama x buat..
BalasPadamBetul cie seronok kan memikmati mkn mlm sama2 ank2 sekeluarga sambil bercerita. Mestii sedar2 dah habis mknan he hee
BalasPadamDah lamaa x rasa suasana gini
Cam dulu2 blk kg dgn arwah makayah
Mkn bersilaa
Aduhai..Trliur tgk. Tp xde rasa craving sbb hari tu dh dpt mkn oden dr family mart =D
BalasPadamSelalu rasa nak tiru Cie buat steamboat ni tapi fikirkan banyaknya bahan. Rupa-rupanya tak banyak pun ek. Nak kena tiru jugak ni, tapi nak kena beli multigrill & steamboat tu dulu la kot, baru betul jadi.
BalasPadamKalau keluarga akak ni dah macam piknik bersama keluarga makan ramai-ramai walaupun hanya di rumah saje.
BalasPadamSesekali buat macam ni memang layanlah.. Sha pun lama tak buat..
BalasPadamSos ala sukiya tu, akak baru tahu setelah baca entri Cie ni. Menarik untuk dicuba. Lama sudah tak buat stimbot di rumah macam ni. 😋
BalasPadamIni kalau ada seafood lagi terangkat ni.. makan ramai-ramai mcam ni memang best
BalasPadamtak tahu pula pasal sos yang viral dekat threads tu, boleh cuba nanti.
BalasPadamSalam kenal, first time bw ke sini :)
sedapnya steamboat! MZ dh lama gak tak layan steambot ni
BalasPadamSos sukiya pun akak tak tahu Cie 😆
BalasPadamRasanya lebih seronok makan gini di rumah. Lebih santai.
Masak2 Steamboat kat umah best tu.. Nk plak buat sukiya sauce tu.. Yummyy
BalasPadamBetul Cie. Makan dgn family simple² gini pun sedap. Asyik lupa la nak try sos sukiya ni
BalasPadamSedap tu sos sukiya.... bahannya pun mudah. Cuma rajin tak rajin lah macam akak hehe
BalasPadamMasak2 makan dgn family memang puas hati kan.
BalasPadamSelamat memasak dari hati..tahniah rajin masak untuk family tersayang
BalasPadamKSarie suka baca perkongsian Cie yang rajin memasak untuk keluarga tersayang. Bila la KSarie hendak memasak ini ye
BalasPadamLama dah rumah kami tak buat steamboat camni. Last time pergi rumah kakak kat Penang dptla buat, tu pun bahannya melimpah limpah smpai tak larat nak makan
BalasPadamMulti grill tu ada kat rumah. Mula2 beli rajin la buat. Tapi tula, makan kat luar juga akhirnya🤭
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.