Menu Dinner: 2 Jun - 5 Jun 2026

Menu dinner untuk Jun kita mulakan dengan 2 Jun 2026. 1 Jun tu tak makan dinner sebab dah kekenyangan makan tengahari dan minum petang di Bentong so terus skip la dinner. 



2 Jun 2026

Malas nak masak dinner so kami keluar makan. Kedai baru buka berdekatan dengan rumah. Nama kedainya Thai Syahirah. Sebelum ni pernah dah lalu tapi kedai full. Malam tu ada meja kosong so kami singgah.


Antara menu yang kami order:

Mi goreng daging - Faiz

Kuetiau ladna - Cie

Colek buah

Nasi goreng udang - adik Rania

Nasi goreng seafood - kakak Raisha

Overall makanan kat situ biasa je. Takdela sedap sangat. Tapi kedai sentiasa full. Mungkin sedap ditekak orang lain. Kuetiau ladna Cie tu masin. Ada ayam semata. Kedai lain selalunya ada jugak sotong dan udang. Ada la jumpa kepala sotong secoet je.


3 Jun 2026


Kembali masuk kitchen untuk masak dinner. Balik kerja kelentung kelentang kat dapur. Cie masak ayam kukus halia, telur dadar, kobis bulat goreng dan sambal kuini.


4 Jun 2026



Hari Khamis kakak Raisha puasa ganti. Cie dan adik Rania teman la kakak, kami puasa sunat hari Khamis. Kakak Raisha request ayam berlado, takde pulak cili besar dalam chiller so terus tukar menu ayam goreng thai, telur mata kicap, ulam timun, tempoyak. 

Faiz pulak teringin nak makan sate katanya. Cie cakap jela jangan order banyak takut tak habis. Faiz beli 20 cucuk. Habis licin kami makan. Lama tak makan sate.


5 Jun 2026


Nak menghabiskan daging dalam freezer. Cie masak la daging goreng kunyit, sup ayam, ulam timun dan sambal kuini. Daging kerbau korban pemberian ustazah KAFA merangkap jiran seberang jalan. Anak-anak suka daging goreng kunyit.

Sekian menu dinner untuk minggu pertama Jun. Nanti Cie share lagi menu. Kekadang takde idea nak masak apa jadi boleh la refer semula untuk dapatkan idea menu dinner.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Suka tengok variasi menu dalam keluarga Cie ni. Kira anak² & suami tak cerewet dan tekak mereka boleh terima pelbagai jenis masakan simple atau berat. Kalau suami akak, balik² Kari dengan sambal aje la dia suka.

    BalasPadam
  2. Syabas Cie, teruskan menyantuni family dgn masakan2 yg sedap

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.