Anak-anak dan Faiz order nasi lemak ayam. Cie order roti jantan. Roti jantan ni kalau tempat lain roti titab tu. Roti bakar, ada kaya dan telur separuh masak.
Air pulak Cie macam biasa la kopi o ais, anak-anak teh o ais dan Faiz nescafe ais. Nasi lemak anak-anak tak habis. Cie la makan sikit habiskan. Sambal pedas, adik Rania memang tak tahan pedas.
Kekadang sambal masam kat situ, kekadang pedas. Tak konsisten rasanya tu. Cie test jela snap gambar guna handphone baru. Belum setting lagi. Tak explore lagi apa yang menarik.
Janggal la sikit dari iphone ke android. Ni pun masalah whatsapp masih belum selesai. Apps lain semua dah ok. Nanti la Cie cerita kat posting lain. Tengah dalam tempoh bertenang memikirkan masalah whatsapp ni.
Tengahari ni taktau nak makan apa. Ada 2 jemputan kenduri tapi anak-anak taknak pergi pulak dah. Jadi sama-sama kita tak payah pergi. Cie pun banyak urusan perpindahan handphone ni nak bagi selesai baru tenang.




10 Ulasan
happy weekend cie! MZ singgah BW ni
BalasPadamRoti jantan nampak sedap, tadi kitaorg makan sengkaya.. hehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamI suka roti titap. =q
BalasPadamSedap kopi ais tu tau..masuk tekak saya..
BalasPadamAkak x guna lagi hp baru yg suami hadiahkan tu..sebab hp samsung ni memang dh buat official untuk urusan online banking dan urusan2 wajib macam email company la, social media san macam-macam lg..part nak menunggu 18h activate balik online banking tu yg payah tu...jenuh
BalasPadamAmboiii.. pagi-pagi minum ais dah.. tak sejuk ke perut hehe
BalasPadamAkak kalau makan roti camtu, kadang telur habis rotinya ada yang tinggal.
cantik kualiti gambar phone baru!
BalasPadamkalau tukar phone ni memang leceh bab2 nak setting akaun bank, recover mesej from whatsapp.. lagi2 kak cie pulak dri iphone ke android memang susah sikit
bagus tu cawan dia ada lapik..takdelah berair je meja..
BalasPadamRoti jantan ini fav suami saya. Kalau saya lebih memilih nasi lemak lah 😄. Apalagi sambal pedas, memang sukaaaa sangat
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.