Sarapan Di Kopi Stesen

Pagi ni bersarapan di luar. Anak-anak nak makan di Kopi Stesen. Cie pun takde idea nak makan apa. Kedai yang sama jela yang ada. 

Anak-anak dan Faiz order nasi lemak ayam. Cie order roti jantan. Roti jantan ni kalau tempat lain roti titab tu. Roti bakar, ada kaya dan telur separuh masak. 




Air pulak Cie macam biasa la kopi o ais, anak-anak teh o ais dan Faiz nescafe ais. Nasi lemak anak-anak tak habis. Cie la makan sikit habiskan. Sambal pedas, adik Rania memang tak tahan pedas. 

Kekadang sambal masam kat situ, kekadang pedas. Tak konsisten rasanya tu. Cie test jela snap gambar guna handphone baru. Belum setting lagi. Tak explore lagi apa yang menarik. 

Janggal la sikit dari iphone ke android. Ni pun masalah whatsapp masih belum selesai. Apps lain semua dah ok. Nanti la Cie cerita kat posting lain. Tengah dalam tempoh bertenang memikirkan masalah whatsapp ni. 

Tengahari ni taktau nak makan apa. Ada 2 jemputan kenduri tapi anak-anak taknak pergi pulak dah. Jadi sama-sama kita tak payah pergi. Cie pun banyak urusan perpindahan handphone ni nak bagi selesai baru tenang. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. happy weekend cie! MZ singgah BW ni

    BalasPadam
  2. Roti jantan nampak sedap, tadi kitaorg makan sengkaya.. hehe

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Sedap kopi ais tu tau..masuk tekak saya..

    BalasPadam
  5. Akak x guna lagi hp baru yg suami hadiahkan tu..sebab hp samsung ni memang dh buat official untuk urusan online banking dan urusan2 wajib macam email company la, social media san macam-macam lg..part nak menunggu 18h activate balik online banking tu yg payah tu...jenuh

    BalasPadam
  6. Amboiii.. pagi-pagi minum ais dah.. tak sejuk ke perut hehe
    Akak kalau makan roti camtu, kadang telur habis rotinya ada yang tinggal.

    BalasPadam
  7. cantik kualiti gambar phone baru!
    kalau tukar phone ni memang leceh bab2 nak setting akaun bank, recover mesej from whatsapp.. lagi2 kak cie pulak dri iphone ke android memang susah sikit

    BalasPadam
  8. bagus tu cawan dia ada lapik..takdelah berair je meja..

    BalasPadam
  9. Roti jantan ini fav suami saya. Kalau saya lebih memilih nasi lemak lah 😄. Apalagi sambal pedas, memang sukaaaa sangat

    BalasPadam
  10. Ala rugi tidak pergi kenduri. Nanti kena fikir kena masak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.