G-Orange Mall
Sampai je ke Gua Musang kami terus ke G-Orange Mall. Dalam GOM ni ada banyak juga kedai-kedai lain. Jalan-jalan hujung minggu ok la isi masa lapang di hari cuti.
Masa mula sampai di GOM tu dah cakap kat anak-anak nak makan di Nasken Coffee, anak-anak cakap taknak. Nak makan di TCRS je dalam GOM tu. Masa dah siap membeli tu lalu kat TCRS full house. Baru la anak-anak cakap makan di Nasken Coffee jela nanti dah keluar dari GOM
F.O.S
Masuk je G-Orange Mall terus masuk ke F.O.S ni anak-anak nak cari baju. Dapat la baju anak-anak, baju ibu, baju babah nak pakai anak buah Cie bertunang bulan 8 nanti tema warna maroon.
BATA
BATA ni pun kedai dalam GOM jugak. Lalu depan BATA anak-anak nak sandal pulak. Jumpa la yang berkenan di hati beli la sepasang sorang. Warna dan size berbeza.
Sushi King
Nampak SK, adik Rania nak pulak. Take away jela, beli yang set terus je ada banyak dalam tu. Masuk je kereta terus makan ye seketul sorang. Padahal nak pergi lunch jugak lepas tu.
Muse Eco Park
Lepas balik dari GOM tu singgah Muse Eco Park. Kali kedua dah singgah situ. Sebelum ni dah pernah singgah. Anak-anak nak bergambar layankan jela. Cie pun join la tengah panas tu. Faiz je tak turun.
Mulanya nak solat di masjid buluh tu tapi macam ramai je orang. Cie ajak Faiz solat kat masjid putih tu jela selesa sikit.
Nasken Coffee
Nanti Cie share dalam post lain. Nasken Coffee ni berdekatan je dengan Muse tu.
Masjid Jamek Razaleigh
Lepas lunch di Nasken Coffee kami terus ke Masjid Jamek Razaleigh untuk solat. Kali kedua juga dah singgah solat situ. Masjid cantik dan selesa.
![]() |
| Unik tempat susun selipar dan kasut. Takdela bersepah depan pintu masjid |
Mixue
Adik Rania nampak Mixue terus la nak. Dia memang suka manis-manis gitu. Beli la 1 untuk dia.
Kuih Akok
Kat tepi jalan sebelum sampai Gua Musang kalau dari Lipis, selepas keluar dari bandar Gua Musang kalau dari Gua Musang tu ada jual kuih akok. Faiz singgah dia beli. Cie tak makan. Dia dengan anak-anak je makan.
Last stop la kat gerai Kuih Akok tu. Lepas tu terus balik rumah dan sempat la singgah rumah Kak Ngah dan Kak Long. Kampung Cie exit highway dari Gua Musang tu je.



















5 Ulasan
oh ada mall kt gua musang...biasa blk klate singgah rnr je kt situ
BalasPadamNasken tu selalu dengar tapi tak pernah try. Review please.. Sedap tak?
BalasPadamOk x pernah jejak gua musang lagi...
BalasPadamPenuh aktiviti seharian tu ye haha...
Masjid Jamek Razaleigh tu memang cantik dan selesa. Unik sungguh tempat susun kasut dia, kemas je tak bersepah depan pintu
BalasPadamWahhh...best weekend gini. Sy spjng OTW blk kb x berpeluang lagi nk singgah G Orange Mall ni...Nnt la nk mintak Hata singgah bila2 blk nnt =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.