Laksa Sarawak Mamee Chef

Cie beli mamee cup ni masa promo 7E buy 1 free 1. Saja nak nak cuba belum pernah lagi cuba laksa sarawak mamee cup ni. Macam kari, tomyam tu dah biasa kan. Yang lontong pun sedap kalau yang mamee ni. 

Rasanya awal bulan hari tu Cie cuba laksa sarawak mamee ni. 7 Julai tengok kat gambar. Baru sempat nak bercerita. 




Sedap la juga mengikut anak tekak Cie. Untuk kategori mi segera, perisa laksa sarawak ni sedap la. Nak sediakan pun senang semua bahan disertakan dalam cup tu. Tinggal nak curah air panas je. 

Boleh la repeat lagi lepas ni. Kot ada lagi 7E buat promo kita borong la. Anak-anak tak makan perisa camni. Cie je yang makan. Ada lagi 1 cup perisa wagyu. Nanti Cie share sedap ke idok. 


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Tengok pun nmpk sedap cie hahaa ni ada kang gi borong megi ni hahah

    BalasPadam
  2. Sama, tekak Sis pun suka perisa ni, pernah try sekali jerr, lepas tu tak jumpa dah jual kat kedai tu..

    BalasPadam
  3. Tak pernah cuba lagi ni tapi bila tengok gambar Cie ni rasa macam nak cuba jugak nak tau rasanya asli ke tak hihi

    BalasPadam
  4. waa tak perasan la ada produk ni..kena try laaa nanti

    BalasPadam
  5. Akk suka Mamee Chef, sedap². Tapi laksa Sarawak ni tak pernah try. Yg wagyu tu tak jumpa lagi, nak sangat try yg tu

    BalasPadam
  6. Sebenarnya jenama mamee ni sedap2 jugak

    BalasPadam
  7. Unik betul Mamee Chef punya perisa ni. Dulu pernah cover event Mamee Chef ni perisa rendang.

    BalasPadam
  8. ramai kata sedap ni..hmm boleh laa try beli nnt

    BalasPadam
  9. linda kurang gemar dalam cup.. hihihi...tapi, praktikal lah...

    BalasPadam
  10. Yang mamee chef, ada banyak perasa sedap. Akak suka kari laksa.

    BalasPadam
  11. Ok, berhubung saya sukaaaa sangat laksa Sarawak, nanti nak coba lah 😄. Anak2 pun kalau dah mie cup, memang laju makannya 🤭

    BalasPadam
  12. ooo dah ada laksa sarawak pula yaaa

    BalasPadam
  13. Ada perisa laksa Sarawak ya. Menarik.
    Hehe teringat dulu FOMO beli yang perisa pedas betul ghost pepper.

    BalasPadam
  14. Perisa yang ni belum pernah rasa lagi. Laksa Sarawak pun tak pernah makan. Jadi tak tahu rasa dia macam mana. Kalau teringin bolehlah cuba nanti. Senang mi instant ni kan, cepat dan mudah penyediaan dia.

    BalasPadam
  15. Akak pernah beli...yang peket lah.Mostly jenama Mamee Chef ni semua perisa akak dah try Paling suka Lontong.

    BalasPadam
  16. Ada nampak kat KK Mart KL Sentral..eh nak beli la nanti..nampak sedap...

    BalasPadam
  17. Woww best ni kalau pes laksa Sarawak habis, boleh beli yang ni terus

    BalasPadam
  18. Dah Cuba yang ni sedap tapi perisa dia paket kecik tu bubuh sikit je tak habis kan sebab cam masin kalau bubuh semua. Wagyu tu rasa muak sikit.

    BalasPadam
  19. saya peminat laksa sarawak. rasanya saya akan suka flavor ni

    BalasPadam
  20. Aaaa suka laaaa Mamee ni. Yang lontong tu my fav! Kaler biru.

    BalasPadam
  21. Suka jugak perasa Mamee Chef yang satu ni! Memang rasa rempah dan santan dia tu 'menjadi' untuk ukuran mi segera. Paling syok bila dapat makan panas-panas time cuaca redup atau hujan, auto rasa tenang dapat hirup kuah dia. Practical and tasty!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.