Tadi masa keluar beli barang dapur nampak team ATM tengah sibuk buat latihan akhir untuk persembahan sambutan kemerdekaan esok. Cie setiap tahun memang bawak anak-anak tengok sambutan kemerdekaan.
Balik dari beli barang dapur tadi settle apa yang patut. Simpan segala stok sayur dalam plastik ziplock, kerahkan anak-anak untuk cuci fridge. Sorang lap, sorang cuci compartment fridge. Kena suruh baru la buat. Kalau idok asyik la mengadap handphone je.
Sambil settle mengemas kat dapur tu Cie pun masak menu lunch hari ni. Masak menu simple je dah jemu makan lauk pauk. Cie jarang masak lunch tu yang jarang share menu lunch. Hari ni walaupun menu simple saja jela share bagi banyak sikit entri hari cuti. Hihi.
Hari cuti mostly rakan blogger busy. Blogpost pun nampak kurang update. Nak blogwalking pun tak banyak entri yang ada. Cie pun gunakan masa yang ada untuk settle draft yang bersusun nak ditulis tu. Banyak jugak ni.
Dah kenyang makan boleh la mengadap blog. Cie masak telur dadar, ikan bilis petai tempoyak kicap, salad dan timun je. Ada jambu batu sikit makan dengan asamboi.
Ikan bilis petai tempoyak tu Cie pernah je share resipi. Korang try la ye resipi ikan bilis petai ni. Makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan. Bertambah nasi tau. Tapi Cie tak menambah la nasi. Memang jenis tak tambah nasi.


11 Ulasan
linda kalau lapar, memang boleh tambah...
BalasPadamlama tk mkn jambu batu
BalasPadamSelamat Hari Merdeka Ce.
BalasPadamSedap buat jambu.
Ikab bilis petai tu nice la =D
BalasPadamSimple2 lauknya tapi menyelerakan terutama bilis petai tu...
BalasPadamSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan.. Time cuti kena pulak cuti sekolah seminggu mmg ramai la yg berkelana...
BalasPadamAduh, ikan bilis petai tu menggoda! Silap tak beli petai kat Giant tadi. Dah pegang tapi letak balik sbb macam tak rasa nak makan.
BalasPadamada telur dadar sedap tu
BalasPadamSimple tapi yg penting memasak,. Kami kat kg ada family day. Macam2 makanan ada cuma takde mood nak buat entry
BalasPadamKalau lauk dah banyak, sayapun lebih suka ratah lauk saja. Nasi itu sedikit , sebab Karbo. Saya lebih mementingkan protein utk asupan makanan
BalasPadamptg semlm MZ masak jugak utk dinner..memang one of the lauks is telur dadar lah :) MZ masak ayam goreng kunyit dan sayur lemak kobis jer pun ;)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.