Bantu Mangsa Kemalangan Di Temerloh

Masa on the way balik dari kursus jalan jem sikit la kat Temerloh sebab banyak trafic light kan. Waktu orang balik kerja. Masa dalam jem tu Cie ternampak di sebelah kiri jalan ada motor dah terbalik atas bahu jalan. 

Masa tu kenderaan kami masih tak sampai ke tempat kejadian. Cie bagitau driver kata ada accident. Belah Cie yang nampak, Cie duk sebelah driver. Kak Fizah duk belakang pun tak nampak mulanya tu. Masa Cie nampak tu motor dah terbalik atas jalan, mangsa dalam keadaan nak bangun. 

Sampai je tempat kejadian kami lalu tengok kecederaan agak serius. Driver terus bagi signal berhenti kat tepi. Bila dah ada jiwa hospital dalam diri, naik kereta jabatan pulak tu memang secara automatik nak membantu. Driver pun memang banyak dah pengalaman uruskan orang accident bersama team medic.


Walaupun bawak Innova je hari ni bukan ambulans, tapi willing juga turun tengok keadaan patient. Staf KKM kan. Cie dan Kak Fizah tak turun la. Cie turunkan cermin je cakap kat abang lagi sorang tu mintak dia buka helmet adik tu takut dia sakit ke apa. Abang tu berhenti juga membantu. 

Kami berhenti betul-betul depan Petronas Jalan Tengku Ismail Temerloh. Petronas tu tengah renovation. Adik tu cakap kenderaan yang langgar dia tu nak ke Petronas tu la tapi tak bagi signal bila tengok Petronas tu tutup dia terus ciluk ke kanan semula. Lepas langgar tak berhenti pun terus gerak. Kereta waja cuma nombor plet je dia tak perasan. 

Jadi adik tu sendiri je takde orang tolong. Masa driver kami turun tu ada juga sorang cikgu agaknya tengok dari baju sukan dia pakai tu. Mereka tolak motor dan bawa adik tu ke depan Petronas tu sementara ambulans sampai. Driver yang call ambulans. 

Dalam 10 minit je datang ambulans JPAM. Mereka buat assessment la tengok keadaan mangsa. Nampak kat bahagian rusuk kanan dah lebam, kuku kaki belah kiri habis tertanggal dah, kaki tangan semua cedera, lutut pun boleh kata cedera juga la. Boleh dikatakan parah juga tu. 


Motor dia tak teruk sangat. Belah kiri je macam ada kerosakan sikit. Adik tu je yang cedera. Lepas team JPAM bawak mangsa dalam ambulans, polis pun sampai. JPAM dan Polis ingatkan kami yang langgar. Patut beria mereka tengok kereta kami. 


Kami yang bantu mangsa tu. Kiranya bukan orang pertama nampak, tapi orang pertama membantu. Ramai je depan-depan kami tu nampak tapi mereka jalan terus je. Salute to driver kami Encik Zaaba yang membantu. 

Cie tadi buka juga tingkap masa driver mintak Cie ambilkan handphone dia. Dia cakap kalau takut jangan tengok, cedera teruk kaki tu. Cie kata nampak dah tadi ok je. Takdela rasa takut tapi lebih kepada kesian kepada mangsa. 

Semoga baik-baik jela adik tu tadi. Kesian nengok dia menahan sakit. Bercakap pun macam tercungap-cungap. Risau juga takut dia pengsan. Memang nampak muka menahan sakit. Lepas ambulans gerak tadi baru la kami gerak balik. Sempat la menulis entri ni on the way balik. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. shafahullah..barakallah utk semua yg membantu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, ada En Zaaba tolong, byk pengalaman dah tahu apa yg hendak dibuat. Semoga adik tu lekas sembuh, Amiiinnn.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana membantu adik tu

    BalasPadam
  4. Semoga baik² utk mangsa. Seriau dengar kuku kaki tercabut, sakit tu :(
    Bagus Cie & staff prihatin dan menolong.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.