Beli Tealive Buy 3 Free 1 & Minum Petang

Balik dari kampung tadi pukul 3 lebih. Adik Rania ada tuisyen ganti. Kalau ikutkan tuisyen dia hari Isnin tapi teacher ada upacara sembahyang Isnin baru ni tu yang teacher ganti hari ni 5 petang. Tu yang balik awal dari kampung. 

Sempat la tadi duk jaga Idris Arhan. Bagi susu dan tidurkan baby. Maklong Raisha dan Makngah Rania teruja sangat main dengan baby. Umur dah sebulan ni pandai mengagah dan senyum dah.

Adik Rania nak Tealive. Masa singgah beli keropok dan satar ball tadi Cie terus klik order. Tengok ada voucher buy 3 free 1 Cie pun terus jela klik 4 air walaupun tekak ada 3 je ni. 


Untuk kakak dan adik macam biasa la all the time favourite bang bang milk tea. Cie tengok kat bahagian coffee dah takde hazelnut latte, Cie pun klik jela spanish latte. Tambah lagi 1 mango burst smoothie. Saja nak try. 


Spanish latte bagi Cie Tealive punya tidak memenuhi citarasa Cie. Mango burst smoothie tu sedap boleh repeat lagi. Total semua tadi selepas tolak voucher RM30 sahaja. 


Balik rumah boleh la minum petang Tealive, keropok lekor dan satar ball. Satar ball tu pencicahnya sedap sos hijau tu. Keropok pun Cie cicah sos hijau. 


Siap minum petang, 5pm hantar adik Rania pergi tuisyen belakang rumah je. Sampai 6.30 petang kelasnya. 

Balik dari hantar adik Rania, baru la Cie mula mengemas rumah. Vacuum lantai dan karpet, tukar cadar bilik. Tu jela kerajinan Cie petang-petang ni. Barang dapur esok la baru beli. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tealive ni ada satu perisa yang suka strawberry pudding tu....tapi kan banyak juga tealive dah tutup sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Kalau tealive, uncle suka milk tea biasa tu... n boba...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.