Cie ajak tidur ruang tamu je. Dia cakap sejuk dalam bilik nanti kakak Raisha on aircond. Tidur la kami 2 beranak kat ruang tamu. Biasa dia demam kejap je.
Pagi Jumaat tu rasa kepala panas lagi. Cie cutikan je so tak sekolah la Jumaat tu. Duk fikir nanti ok la ni. Makan pun tak selera. Babahnya beli 3 jenis roti pun tak habis dia makan 1 je. Balik tengahari tu pun dia tidur je.
Hari Sabtu tu takde ke mana pun seharian dia baring tidur je. Bersin banyak kali. Tapi tak selsema pun. Adik Rania ni ada sinus tu kerap bersin. Badan panas pun on off. Letak towel basah kat kepala. Kejap dia sejuk, kejap panas. selera makan pun takde. Makan pun tak habis.
Ahad hari ni pun sama tidur je berbaring. Muka pun nampak tak sihat. Cakap kat Faiz kena bawak klinik la ni. Pukul 5 lebih tadi terus la ke Poliklinik Al-Farhain. Situ 24 jam so sentiasa la ada doktor.
Sampai klinik takde orang. Selalu datang situ memang cepat jela. Cie suruh Faiz je masuk dengan adik Rania dalam bilik doktor tu. Doktor lelaki bertugas.
Selesai jumpa doktor, ada merah sikit kat tekak. Adik Rania ada batuk sikit. Doktor bagi MC sehari untuk 21 September, ubat batuk dan ubat demam. Semua sekali RM39.
Cuti la sehari lagi sekolah boleh la berehat. Cie pun whatsapp la bos nak cuti jugak sehari esok. Minggu lepas pun ramai kawan kelas adik Rania demam. Musim jerebu ni memang ramai tak sihat. Adik Rania pun busy kat sekolah macam-macam aktiviti dia join kat sekolah. Maybe tak cukup rehat agaknya kan.
Semoga cepat sihat adik Rania!


4 Ulasan
get well soon
BalasPadamSemoga cepat sihat ya adik Rania. Kembali ceria ke sekolah nanti klu dah sihat
BalasPadamGWS to your kids. Kami sini pun nampak kids bersin & batuk, cpt2 la suruh minum vitamin c & saknika benda lg.
BalasPadamSemoga adik rania cepat sembuhnya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.