Kami duduk terus dan order kena scan je ada QR disediakan atas meja. Zaman serba maju ni order main scan je. Faiz suruh kakak Raisha ambil buku menu senang nak belek.
Oleh kerana pertama kali nak cuba makanan jadinya kita hentam saja la order apa yang rasa mata tertarik tengok gambar dan tekak rasa nak makan. Cie tak la lapar sangat tapi tu la order jugak.
Antara yang kami order:
- BBQ Chicken Wonton Mee - Rania
- Nasi Lemak with Fried Chicken - Raisha
- Dry Curry Chicken Noodle - Faiz
- Hokkien Fried Prawn Mee - Cie
- Crispy Chicken Wonton - tambahan order
- Lemon Tea (Iced) - Raisha dan Rania
- Calamansi Juice with Sour Plum - Cie
- Sparkling Sea Salt Lime Longan - Faiz
Makanan sampai berperingkat. Meja kami sampai makanan dulu, kakak Raisha punya dulu sampai lepas tu baru la air dan makanan lain. Makanan Cie paling last sampai. Duk rasa makanan orang lain jadi macam kenyang nak makan makanan sendiri.
Dah la big portion ye. Sepatutnya share je. 3 beranak tu habis je makan. Cie jela terkial-kial nak habiskan. Konon order mi hokkien tu supaya tak kenyang sangat, rupanya sama je macam order nasi.
![]() |
| Selfie la dulu sementara tunggu makanan sampai |
Mi hokkien Cie bukan mi kuning semata, ada macam mi laksa juga kot warna putih. Kena makan dengan petis udang kot tu tak sure, perah limau. Bagi Cie kalau ada cili potong lagi ngam. Kalau betul-betul lapar boleh habis.
Kat Tea Garden tu ada juga dijual produk chilled kot ada yang nak beli. Cie tak beli pun, snap gambar je.
Paling penting Tea Garden ni halal dan kedainya bersih dapat gred A. Boleh la kita makan tanpa was-was. Next time try menu lain pulak.













6 Ulasan
MZ dh few times mkn kat sini..ada jugak outletnya di aeon alpha angle. sedap2 belaka foodnya
BalasPadamJenuh juga nak habiskan big portion ni. Next time kana order sikit dan kongsi-kongsi je. Harga boleh tahan juga tu especially harga air, macam mahal sikit kan.
BalasPadamTerliur la air asam boi tu.....
BalasPadamActually sedap2 jgk menu dkt sini.Pernah pegi mkn yg dkt dlm sogo & KLCC. =D
BalasPadamcendol kt sini & teh tarik die sedap juga tau
BalasPadamBanyak kali dah ke mall ni... Tak perasan pulak restoran ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.