Watermark Gambar Hasil Janaan Chatgpt

1 September hari tu Cie saja jela mintak chatgpt create sticker untuk Cie jadikan watermark pada semua gambar yang Cie nak upload kat blogpost. 

Biasa la chatgpt ni dia akan buat ikut suka dia je. Berkali-kali la juga Cie suruh dia ubah sehingga Cie berpuas hati. Sampai habis la had kuota free tu. Cie request tu tengahari, malam baru la dapat selepas cooling period tu habis. 

Ni la final look watermark yang Cie berkenan

Padahal takde DSLR camera pun. Tapi takpela malas dah nak suruh chatgpt ubah. Mulanya tu dia buat warna pink, Cie suruh tukar hijau. Dia buat gambar kapal terbang, Cie suruh tukar kereta. 

Ni semua yang Cie arahkan chatgpt ubah dan yang Cie reject. Bagus chatgpt ni dia layankan je. Hahaha. Benda free kan kita kerahkan jela chatgpt design. 






Cie compress gambar tak guna apps. Kat handphone Vivo ni memang ada fungsi untuk compress size gambar. Kat edit atau terus klik je compress size. 

Mulanya dulu Cie klik edit, Cie masukkan sticker (watermark tu kena tambah kat bahagian sticker) dan save. Bila upload di blog rupanya jadi kelabu bahagian bawah. 

Kalau edit, masukkan sticker lepas tu adjust resolution dan image quality pun bila upload jadi kelabu kat bawah gambar. 

Bila Cie try and error rupanya kena edit sticker dulu kat gambar lepas tu baru compress size. 
Baru la bila upload tak jadi kelabu di bawah. Dah banyak juga la entri Cie yang dah terlepas gambar jadi kelabu kat bawah tu. Malas nak tukar dah biar jela. 

Kalau ikutkan malas jugak nak edit bagai gambar ni. Tapi kena rajinkan diri jugak la. Compress size tu taknak blog jadi berat sangat kalau size gambar besar. Watermark tu pulak untuk pastikan gambar tu milik kita dan tak sewenang-wenangnya orang curi nanti. 

Begitulah kan nak berblog dengan lebih serius kena la lebih rajin. 





Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Saya pun buat pakai chatGPT je. sebelum ni dah buat tulisan biasa je guna canva ada... ambil header buat watermark ada.. adit pakai tulisan di hp aje pun ada.

    BalasPadam
  2. Senang ada ChatGPT. Sangat membantu kan. Guna je selagi free tapi yang tak bestnya bila quota habis. Kenalah nak menunggu. Cantik hasilnya selepas beberapa kali buat baru puas hati kan. Kadang tu stress juga kalau dia buat tak mengikut apa yang kita nak.

    BalasPadam
  3. Cantik hasilnya, itu yg best berkawan dgn ChatGpt ni hehe

    BalasPadam
  4. hahahaaa, comella cie ni. tabik dgn kerajinan.
    kita layan sembang ja dgn chatgpt ni.

    BalasPadam
  5. Ha ah, akak pun buat watermark guna chatGPT. Buat background transparent. Senang kerja. 😊

    BalasPadam
  6. Dulu mmgbrajin letaknwatermark sbb update guna laptop.. bila guna hp ni mmg kita nak cpt so mmg x dan la nak edit ltak watermark bagai..😅😅

    BalasPadam
  7. cantikk...nak try jg lah, kita guna yg simple je, boring pulak tengok...tq for sharing..

    BalasPadam
  8. Linda pun dah buat yang baru...yeayy

    BalasPadam
  9. Dengan chatgpt kita boleh bertambah kreatif. Dan hasil headernya/ watermark nampak cantik, dan bukti bahawa ini blog wanita.. hehe

    BalasPadam
  10. Menarikk🥰
    Chat gpt apa2 pun bolehh kan

    BalasPadam
  11. Rajin nya buat2 benda cam ni. akak ni mmg malas sungguh. suka tgk kalau org pandai buat2 cam ni.

    BalasPadam
  12. Hehe saya baru je pening pasal isu mampatkan gambar sebab jadi tidak cantik gambar lepas mampat. Lepas itu terpaksa buat besar sedikit untuk nampak ok sedikit tapi masih kurang puas hati.

    BalasPadam
  13. Niceeee...
    Chatgpt ni memudahkan kerja.

    BalasPadam
  14. Cantik hasilnya 👍🏽
    Ya, kena rajin sikit sebab nak rasa puas hati dengan blog sendiri.

    BalasPadam
  15. Baguuuus hasilnya kak. Saya nih tak rajin lah buat watermark yg bagus hahahahahha. Dulu pernah buat, tapi macam bosan, trus balik lagi ke watermark biasa 🤣. Nantilah nak juga sesekali chat lagi dengan gpt. Dah saya uninstall pula dia 😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.