Lunch: Menu Restoran Gulai Kampung

Biasanya menu lunch hari Jumaat menu nasi. Sama ada nasi ayam, nasi kukus atau nasi campur. Kalau nasi campur selalunya beli lauk pauk je, nasi masak pagi sebelum pergi kerja. Kakak Raisha masak nasi pagi tadi 6 pagi. 

Malam tadi tanya anak-anak nak makan apa. Katanya nak makan lauk Restoran Gulai Kampung. Cie pun terus whatsapp Faiz tulis makanan apa nak beli. Senang inform whatsapp je, kalau cakap mulut je mesti lupa. Cie list nak:
  1. Ikan keli berlado
  2. Ayam mangga
  3. Kerabu pucuk paku

Faiz beli tambahan ayam goreng kicap. Yang 3 Cie list tu pun ada. Habis licin semua ye kami 4 beranak makan. Faiz kata total dia bayar tadi RM36. 





Hari Jumaat rehat lama, lepas makan selalunya mata macam kena gam. Cie nap dalam 10-15 minit je kalau sempat. Memang kena set alarm, kalau tak memang boleh terlajak tidur la. Lena betul kalau tidur petang. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. dlu time keje kalo lunch jumaat tk keluar tido kt surau lama skit sbb jumaat break pjg...ni kt umah td siap masak awal..bole landing ..cuaca pn mendung je

    BalasPadam
  2. Trliur tgk kerabu pucuk paku tu =D

    BalasPadam
  3. Kombinasi lauk lunch yg saya suka 👍👍

    BalasPadam
  4. Kalau beli lauk kedai memang sekali makan je. Habis terus senang.

    Kiranya Jumaat Cie lunch dekat rumah la ye

    BalasPadam
  5. Saya suka sangat, cuma anak-anak jenis tak makan lauk kampung. Malas betul nak masak, melainkan beli la sikit untuk melepas rindu.

    BalasPadam
  6. Makan tengahari di rumah hari Jumaat lagilah selesa untuk tidur selepas itu.

    BalasPadam
  7. sedapnyaaaa keli berlado
    sy kalau jumpa keli berlado ni sure akan tangkap lauk ni dulu
    hehehe

    BalasPadam
  8. Best kan..tengok lauk2 Cie ni la hari ni nyer lunch akak amik salah satu menu...

    BalasPadam
  9. memang best kalau dpt nap time ngantuk sgt2 kan

    BalasPadam
  10. Sedap semua lauk kampung tu.
    Akak setiap hari kat ofis wajib nap.. tu yang jarang ambil lunch. Lebih sayangkan mata😆

    BalasPadam
  11. Samaaaa. Saya kadang harus paksa mata jangan tertidur kalau kerjaan sedang banyak.🤣.

    Aiiih kerabu pucuk paku tuu, menggoda sangaaaat kak 😍😍. Susah cari pucuk paku di jakarta ini

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.