Bersih dan cantik sangat dah berbanding dulu. Pasar tu dulu la masa kecik selalu ikut ayah beli bahan mentah ayam, ikan dan sayur. Ada juga peniaga baru dah, peniaga lama ada yang dah meninggal. Ada juga yang dah bertukar ke anak-anak jadi peniaga.
Cie singgah beli ayam dan kangkung nak bawak ke rumah Kak Ngah. Sayuran semua nampak segar je. Memang best la kalau nak membeli tu. Takdela pasar awam yang kotor macam dulu-dulu.
Memang patut la pun dianugerahkan pasar awam bersih. Hiasan kat luar pasar pun cantik dan kemas. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berusaha menjaga dan mengekalkan kebersihan pasar awam.
Tumpang bangga la juga kitanya Padang Tengku ni mukim kampung Cie la juga. Cie pun dulu masa form 1 hingga form 3 sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku. Lebih kurang 10-15minit dari rumah kat kampung.






6 Ulasan
Seronok sangat membeli bila pasar bersih, selesa dan jualan yang segar :)
BalasPadamWah terbaik pasar ni. Johan kebangsaan tu, bukan senang 👍🏻
BalasPadamAda kawan sekolah Padang Tengku. Ada sekolah agama famous kan situ?
Best kalau pasar bersih. Meyakinkan =)
BalasPadamPasar bersih begini kalau di sini sebutnya pasar modern. Kalah pasar yang masih basah, sebutnya pasar tradisional.
BalasPadamSaya kalau pasar bersih dan kering begini masih mau masuk. Sebab tak ada bau2 aneh kan. Tapi kalau pasar tradisional memang tak lah, mundur langsung 😅😅
Cantik dan bersih... tahniah kpd semua peniaga yg mengekalkan kebersihan pasar awam tu.. kalau nk harapkan pekerja majlis perbandaran saja mmg x dpt nk kekalkan kebersihan, para peniaga pn mesti turut serta main peranan.. kalau sy pn mst akn tumpang bangga
BalasPadamhebat niiii
BalasPadamjarang2 jumpa pasar basah yg diiktiraf bersih
maknanya persatuan peniaga kat situ mmg menitikberatkan kebersihan
terbaiklah!
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.