Makan Malam Bersama Keluarga: Hasil Tanaman Terus ke Meja Makan

Sabtu baru ni Cie balik kampung kejap sebelah petang. Saja balik sekejap nak test highway baru sambil tu nak kait buah mangga. Kak Ngah terus ajak dinner kat rumah dia je. 


Sampai sahaja di sana, masing-masing ada aktiviti sendiri. Faiz sibuk mengait buah mangga yang ada di pokok. Sementara itu, Cie pula dengan Kak Ngah petik pucuk keledek.




Seronok juga dapat memetik sendiri pucuk keledek yang masih segar. Kalau ada hasil tanaman di sekitar rumah, bolehlah terus dimanfaatkan untuk dijadikan hidangan. Tak perlu semuanya dibeli di kedai.

Kak Long whatsapp juga suruh ambil udang dari Rompin. Bakal menantunya beli dari sana. Banyak jugak udangnya tu. Katanya udang yang reject harga murah la dalam RM20/kg. Udang besar betul. Cie ke rumah Kak Long la kejap ambil udang, Kak Long takde mereka ke butik pengantin nak survey baju pengantin dan pelamin. 


Lepas Maghrib tu Cie dan Kak Ngah mula masak menu dinner. Kak Ngah buat udang masak lemak dan sambal belimbing rebus. Cie buat pucuk keledek goreng dan kerabu mangga ikan bilis. 




Apabila semua hidangan sudah siap, kami pun makan bersama-sama. Walaupun menunya ringkas, terasa cukup istimewa apabila dapat menikmati hasil tanaman sendiri dan rezeki pemberian keluarga.

Sambil berborak keletah cucu kesayangan Idris Arhan. Rindu kat si kecik yang dah balik ke Johor tu. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kerabu mangga bilis saya tak pernah makan.

    BalasPadam
  2. Sedap-sedapnya menu kampung, betul2 fresh ni

    BalasPadam
  3. sedapnya pucuk keledek..akak suka buat goreng belacan..macam lama x buat la...kena cari la pucuk keledek ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.