Menu Dinner 2 - 7 November 2026

Minggu 2 hingga 7 November ni ada menu yang masak, ada menu yang beli je. Masak simple je pun ok asalkan masak ikut selera tekak kita. Ada juga hari yang beli tak sempat masak. 



2 November 2026

Awal November Cie masak ayam asam pedas, telur dadar dan ikan masin. Asam pedas Cie letak bunga kantan, belimbing buluh dan daun kesum. Bunga kantan kakak Cie bagi lama dah, Cie frozen kan jadi tahan lama. 


Sayur kobis goreng kicap, buah jambu dan epal asamboi. Takdela lengkap sangat menu tapi boleh la ada lauk, sayur dan buah. 


3 November 2026

Menu yang Cie masak memang yang Cie fikir sendiri. Ikut la apa yang terlintas kat kepala. Ada masa plan awal, ada masa idea datang on the spot je. 


Cie masak ayam goreng. Perap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung dan garam. Goreng garing sekali bawang. Hati dan pedal goreng kicap jarang Cie masak. Biasa Faiz buang je pedal dan hati. Masa beli 4 ekor ayam hari tu Cie bersihkan dapat la masak kicap je. 

Ulam timun, bayam brazil, sambal tempoyak. Buah jambu dan epal merah asam boi. 


4 November 2026

Plan nak masak ayam goreng sos thai pada mulanya, masuk kitchen tengok eh takde pulak sos thai. Tak perasan dah habis. Buat ayam goreng sos jela. 


Cie tambah juga telur mata kicap, ulam timun dan bayam brazil serta tak dilupakan sambal tempoyak. 


5 November 2026

Cie tak masak 5 November ni Cie balik lambat ada training untuk persembahan malam dinner penutup sukan hospital so Faiz tapau jela makanan. 


Cie order nasi goreng ikan masin. Masa Cie balik rumah 6 lebih tu 3 beranak tu dah siap makan. Taktaula apa menu yang dimakan. 


6 November 2026

Dah beberapa minggu dah kakak Raisha request nak makan nasi goreng ayam Alamanda. Alamanda kat Lipis ye bukan Putrajaya. Nama food court tu Alamanda. 


Kedai tu memang best seller nya nasi goreng ayam. Makan dengan cili potong tu memang sedap. 


7 November 2026

3 hari berturut tak masak. 7 November tu lambat dah balik dari kampung, memang malas la nak masak dah. Anak-anak nak makan burger crispy Burger Boys je. Burger taknak sos pilihan kami 3 beranak. Makin kecil pulak burger ni, dulu nampak besar jugak. 



Selesai menu untuk seminggu. Bila ada masa Cie masak, kalau takde masa beli je. Begitulah setiap minggu rutinnya. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Dalam banyak2 menu boleh terliur buah dengan asam tu....kecur air liur dibuatnya

    BalasPadam
  2. Lengkap tu Cie siap ada buah buahan lg, ayam , sayur
    Jambu asam boi feberettt tu
    Burger skrg mahal dan kecik he hee
    Sekali sekala teringin jga burger tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.