Menu Dinner 26 - 29 Oktober 2026

Blog post Cie memang cerita makan-makan jela. Takde apa yang menarik yang nak diceritakan. Memang niche makan-makan jela nampaknya. Hahaha. 

Kali ni nak share menu dinner untuk 26 hingga 29 Oktober 2026. 4 hari je masak, selebihnya ada makan di kedai rasanya. 




26 Oktober 2026

Untuk 26 Oktober yang lepas Cie masak ayam masak tempoyak, sambal ikan bilis goreng belimbing rebus, ikan masin goreng dan taugeh goreng. 


Ayam masak tempoyak tu Cie letak juga belimbing buluh yang Cie dah frozen siap-siap. Tahan lama kalau simpan kat freezer. 


27 Oktober 2026

Cie masak udang goreng berlado. Tapi versi yang kering je. Pertama kali juga Cie buat berlado tu. Tak la pedas sangat. 


Sup ayam pun Cie masak jugak. Cendawan tiram Cie letak dalam sup sikit dan buat cendawan celup tepung bestari sikit. Ulam timun dan sambal tempoyak pun ada. 


28 Oktober 2026

Ayam lagi menu dinner Cie. Kali ni Cie cuba masak lain sikit dari kebiasaan. Cie buat ayam goreng sos kicap karamel. Anak-anak cakap sedap. 


Menu dinner 28 Oktober ni Cie masak ayam je. Lauk tambahan Cie buat kentang goreng ikan bilis berlado. Sedap menu macam ni. Sayur Cie potong timun je dan sambal tempoyak. 


29 Oktober 2026

Dah hujung-hujung minggu malas betul nak masak. Tanya anak-anak boleh ke ibu masak mi segera goreng je. Anak-anak cakap boleh je. 


Mulanya nak singgah kedai je tapau. Faiz takde jadi kami dinner 3 beranak je. Malas pulak jemu dah taktau nak tapau kedai mana. Tu yang masak mi segera goreng, telur mata, timun, cili potong. Licin kami makan. 


Ni saja la perkongsian menu dinner Cie minggu akhir Oktober. Masuk minggu November nanti Cie share lagi menu dinner. 



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Samalah blog Akk pun. Tak citer pasal makan, pasal anak⁴. Itulah niche-nya :)

    BalasPadam
  2. KSarie suka baca perkongsian pasal masakan home made sebab KSarie memang terpleot bab memasak. Keep on sharing ye Cie

    BalasPadam
  3. Sama la ngan blog akak...balik2 citer bab makan...

    BalasPadam
  4. sedap2 menunya...entry makan2 suka sbb kita pn byk juga entry makan2

    BalasPadam
  5. sedap-sedap masakan Cie, Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. sedap2 belaka semua makanan. megi goreng pun jadi sedap kalau kak cie yg masak

    BalasPadam
  7. Tabik la yang suka masak ni.. terbaikkk

    BalasPadam
  8. Menarik juga frozenkan belimbing buluh.. biasa orang nak bagi belimbing buluh tapi ambil sikit je sebab kadang tak tau masak apa. Biasa masuk dalam sardin je.

    BalasPadam
  9. Minggu lepas CCL ada buat menu masak lemak ayam letak belimbing buluh

    BalasPadam
  10. MZ craving megi laa..tak sempat mkn masa cheat day semlm hahahah kena tunggu next cheat day ahad nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.