Alhamdulillah, akhirnya blog Cie berjaya mencapai angka 3 juta pageviews! Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, membaca dan menyokong Blog Roziah Muhammad Nor selama ini.
Seperti yang Cie janjikan, contest Screenshot 3 Juta Pageview! Siapa Terpantas Menang Hadiah telah pun melabuhkan tirainya.
Pada awalnya, Cie hanya bercadang untuk memilih seorang pemenang sahaja. Tapi, apabila melihat dua peserta berjaya mendapatkan screenshot dengan angka yang berbeza 1 je, Cie rasa sayang pula nak memilih seorang sahaja.
Jadi, sempena sambutan hari lahir Cie yang ke-42 pada 19 November yang lepas, Cie mengambil keputusan untuk memberikan hadiah kepada dua orang pemenang!
Senarai Pemenang
Tahniah diucapkan kepada:
1. Cik Cappuccino Latte - Screenshot pageviews: 3,000,008
2. NA - Screenshot pageviews: 3,000,009
Tahniah kepada kedua-dua pemenang! Walaupun perbezaan hanya satu angka, kedua-duanya berjaya merebut peluang dalam contest kali ini.
Kegigihan mereka ni screenshot awal pagi ye. CCL 3.58am dan NA 4.03am. Cie pun masih diulit mimpi. Terima kasih kerana sudi menyertai contest ni.
CCL ni kali kedua dah menang contest screenshot 2 juta hari tu pun CCL berjaya capture ngam 2 juta.
Tidak sangka, daripada sasaran asal untuk memberikan hadiah kepada seorang pemenang, akhirnya Cie dapat berkongsi rezeki dengan dua orang pemenang pula.
Hadiah ini mungkin tidak seberapa, tetapi Cie harap ia dapat menggembirakan hati penerimanya.
Terima kasih juga kepada semua pembaca setia yang menjadikan blog Cie sebahagian daripada kunjungan harian korang.
Selepas 2 juta, kini 3 juta pageviews. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi di angka 4 juta pula!
Tahniah sekali lagi buat Cik Cappuccino Latte dan NA!




19 Ulasan
Tahniah buat pemenang..
BalasPadamRoad tu 4mil pv💪💪
Tahniah
BalasPadamWow tahniah. Gigih sungguh tu.
BalasPadamTahniah kepada pemenang
BalasPadamTahniah.. Awal pagi tu capture
BalasPadamWahhh tahniah buat CCL dan NA sebab berjaya tangkap ss PV 3juta+ dekat blog ni! 🎉👏🏻
BalasPadamTahniah CCL & NA
BalasPadamTahniah buat pemenang..
BalasPadamTahniah CCL dan NA! Dua² ni cekap tangkap PV hehe....
BalasPadamTahniah semua!! =D
BalasPadamTahniah buat kedua-dua pemenang..
BalasPadamTahniah di ucapkan kepada pemenang.
BalasPadamTahniah pemenang dan Tahmiah juga Cie dah capau 3juta.....
BalasPadamcongrats to both winners. gigih sgt2 tuuu..well deserved to win!
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah buat keduanya...
BalasPadamtu dia...awal pagi bangun terjah blog deme ni. bagus2.
BalasPadamTq. Ingat tak berjaya sebab Cie takde balas kata tahniah. Hehe.
BalasPadamTahniah CCL dengan kak NA.. Hebat mereka ni tang screenshot PV ni.. Hihihi
BalasPadamAlhamdulillah rezeki untuk kali kedua CCL berjaya capture PV blog kak cie
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.