VITAMIN E - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 26 December 2012

VITAMIN E

 FUNGSI

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.



SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.


 
KEKURANGAN
* Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
* Penuaan kulit sebelum masa.
* Rambut gugur.
* Anemia.


so u ols dah jelas kan serba sedikit tentang VITAMIN E...kadang2 kite perlukan makanan tambahan untuk memastikan vitamin tuh cukup dalam badan kite...
jadi kat sini saya nak share vitamin E Shaklee...salah 1 vitamin yang saya amik...jangan tak tau vitamin nih kte boleh sapu kat muke tau...caranya just cucuk2 dengan jarum then cecair akan keluar so sapu yang tuh jela kat muke...mane ade parut2 jerawat tuh pasti akan hilang...muke pon akan jadi glowing gitu...jom la try...saya dah rasai kebaikannya...anda bila lagi...

nak cube?jangan takot2 untuk hubungi saya...saya akan bantu anda...konsultasi saya percuma je u ols...



No comments:

Post a Comment