Makanan yg perlu dielakkan ketika pantang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 17 March 2013

Makanan yg perlu dielakkan ketika pantang

Sayur-sayuran & tumbuhan menjalar, sejuk & berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, daseri, petola, labu, terung, ubi kayu & kobis yg boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi & sejuk pada otot.
Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat & tembikai cina boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan & sejuk otot. Buah-buahan ini dilarang kerana boleh mengakibatkan sakit tulang & sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui sebagai artritis & rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk & cepat kering.
Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang & parang. Dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru & makanan laut. Menyebabkan kegatalan kulit & alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah.
Ayam biasa atau dikenali sebagai 'ayam bandar' serta telur ayam perlu dielakkan sehingga selepas 44 hari.
Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh diambil sama sekali kerana tajam & boleh menyebabkan angin didalam badan.
Teh perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan angin & kembung perut.
Apa jua jenis makanan berlemak, berminyak & berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.
#sumber dipetik dari majalah PA&MA..

No comments:

Post a Comment