Selamat Pagi Matahari - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 28 September 2013

Selamat Pagi Matahari

Semakin banyak kajian menunjukkan lebih banyak sebab mengapa anda perlu kerap mendedahkan kepada sinaran matahari pagi. Selain meningkatkan paras vitamin D yang penting untuk tulang & melenyapkan kemurungan, ada banyak lagi kelebihan cahaya matahari. Antaranya:

Gusi Yang Kuat
Cahaya matahari berupaya memberi perlindungan kepada gusi daripada jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan gingivitis & periodontitis. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan sel gusi yang dirawat dengan vitamin D menghasilkan protein dengan bahan antibiotik yang membunuh banyak bakteria berbanding sel yang tidak dirawat.

Baka Yang Sihat
Wanita hamil yang mendapat cukup sinaran matahari melahirkan bayi dengan berat yang sihat. American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kurang vitamin D semasa hamil memiliki lebih banyak lemak pada usia 6 tahun.

Elak Penyakit Mata
Vitamin D daripada cahaya matahari membantu mengelak penyakit mata seperti makular degenerasi kata penyelidik dari Unitrd Kingdom.

TAHUKAH ANDA?
Sekiranya anda obes, menurunkan sebanyak 15% berat badan berupaya meningkatkan paras vitamin D dalam tubuh sehingga 3 kali ganda!

No comments:

Post a Comment