SELAMAT HARI GURU!!!! - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU!!!!

AS SALAM
SELAMAT SEJAHTERA

Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru bagi meraikan warga pendidik. Teringat zaman kecik2 dulu kalau hari guru mesti ada jamuan makan2 & bagi hadiah kat cikgu2. Tapi dah lupa ingatan pernah bagi hadiah apa kat cikgu2 dulu. Hihi. Kena telan omega sebotol nih baru ingat balik. Hahaha.

Dalam keluarga Ce ada gak warga pendidik nih. Actually ayah pun bekas guru. Ayah bersara tahun 1994 kalau tak silap. Ayah jadi guru besar dulu kat sekolah Ce. Bangga la kan orang takut nak usik anak guru besar. Hihihi. Bila ayah dah pencen dah tak boleh nak berlagak. Jadi lah orang biasa semula.

Bapak mertua ku pun bekas guru jugak. Abang ku yang nombor 3 & isterinya pun cikgu, kakak ku yang nombor 6, anak saudara bakal begelar cikgu, abang iparku (abang encik hubby). Walaupun tak ramai tapi tetap ada warga pendidik. Kerjaya yang sangat mulia. Tanpa guru2 yang mendidik kita masakan kita boleh berjaya kan. Terima kasih buat guru2 yang pernah mengajar Ce dari sekolah rendah sampai la ke Politeknik.

Masa kecik2 dulu cita2 nak jadi cikgu sebab masa tuh tak nampak lagi kerjaya lain. Yelah ayah cikgu kan konon nak ikut jejak langkah ayah la konon2 nya. Masa sekolah rendah suka sangat berangan mengajar. Habis la kapur kat kelas tuh duk buat tulis2 kat papan hitam. Kat rumah pun berangan jugak. Memang ada papan hitam n kapur kat bilik abangku. Time abang takde memang papan hitam n kapur dia jadi mangsa. Siap bawak handbag my sister lagi punya la kuat berangan. Hadoi bila kenang balik bapak la kelakar. Hahahaa. Sampai dah besar kot main berangan tuh. Pastu ada high heel my sister pun i belasah pakai walaupun sikit punya besar la kasut tuh kan. Naik sekolah menengah dah terbuka sikit minda so dah tak minat dah jadi cikgu. Tukar cita2 pulak. Hihihi.

Masa lepas SPM ada apply maktab. Ada panggilan temuduga masa tuh baru je melapor diri kat Politeknik. Ayah n mak suruh jugak pegi interview tuh tapi masa tuh kan dah tukar cita2. Terus buat degil taknak pegi temuduga dengan alasan sayang dah start masuk poli. Rasa macam menyesal je tak ikut cakap mak ayah. Degil sangat kan nasib la dapat jugak kerja yang menjamin masa depan. Kalau tak dapat memang hantuk kepala ke dinding la kan. Hahaha.

Tuhla alkesah cikgu cikgi.

SELAMAT HARI GURU BUAT KAUM KELUARGA YANG BERGELAR PENDIDIK.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA CIKGU2 SEK; KEB; KECHOR TUI
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA CIKGU2 SEK; MEN; KEB; PADANG TENGKU
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA CIKGU2 SEK; MEN; VOKASIONAL PUTERI TEMERLOH
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENSYARAH2 POLITEKNIK JOHOR BAHRU

TERIMA KASIH KERANA MENDIDIK SY SEHINGGA BERJAYA. JASA KALIAN AMAT DIKENANG. SEMOGA KALIAN DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK.

No comments:

Post a Comment