1

As salam 
Selamat sejahtera

4 Jun 2010 perginya seorang ibu mengadap ilahi. Hari nih genap 4 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tak sedar je.

Sangat rindukan gelak tawa mak. Senda gurau mak. Peluk cium mak. Rindukan saat cium tangan mak. Cium pipi mak. Tak tertahan rasa kerinduan.

Mak pergi tanpa pesan. Kalau lah boleh diputarkan waktu memang nak je jaga mak sebelum mak menghembuskan nafas terakhir.

Perancangan Allah lagi hebat. Allah dah aturkan semua. 

Hanya doa mampu ku kirimkan buatmu ibu. Insyaallah ingatan terhadap mak takkan pernah luput.

Alfatihah buat ibunda yang tercinta Hajah Zainab binti Mohd Zin. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin.



Post a Comment Blogger

 
Top