0
As Salam
Salam Sejahtera

Terlebih masa hari nih so blog updated je. Hihi.
Kali nih ibu nak share dengan ibu2 di luar sana bubur untuk si manja. Kadang2 ketandusan idea juga nak masak. Nak variasi supaya anak2 tak jemu nak makan.

Bubur Nasi Brokoli. Ibu buat 2 perisa. Perisa ayam dan perisa ikan bilis. Nak bagi variasi sikit kan. Ibu tak suka sangat buat ikan macam hanyir sikit. Ibu buat untuk kakak ritu ikan tenggiri.

Bahan-bahan
BUBUR NASI secukupnya
PURI BROKOLI secukupnya
Ikan Bilis bersih digoreng tanpa minyak
Isi ayam direbus

Cara Membuat:
1. Sediakan bubur nasi dan puri carrot terlebih dahulu. Cara menyediakan boleh klik BUBUR NASI & PURI BROKOLI.
2. Kisar ikan bilis yang telah digoreng didalam pengisar kering.
3. Kisar isi ayam yang telah direbus tadi didalam pengisar kering.
4. Letakkan 1 senduk bubur nasi yang telah dikisar ke dalam bekas makanan.
5. Masukkan 2 sudu besar puri brokoli, 1 sudu kecil ikan bilis kisar atau 1 sudu kecil isi ayam kisar.
6. Siap kemudian simpan didalam freezer untuk dibekukan.

Siap boleh dapat 2 perisa. Bubur nasi brokoli ikan bilis dan bubur nasi brokoli ayam.
Boleh buat weekend untuk seminggu biasa ibu buat. Simpan dalam freezer 1 bulan pun tahan.
Time nak makan panaskan je. 

Selamat memasak untuk si manja anda. ^_^

Post a Comment Blogger

 
Top