8 Tips Menjaga Kesihatan Diri - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 25 November 2014

8 Tips Menjaga Kesihatan Diri

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT


Amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan diri. Sudah semestinya kita tidak mahu ditimpa penyakit kan. Disini Cie nak kongsikan 8 Tips Mejaga Kesihatan Diri.


8 tips menjaga kesihatan diri dengan amalkan pemakanan sihat


8 TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI

Minum Air Secukupnya

Kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk sistem perkumuhan yang baik. Air mestilah air masak atau air yang ditapiskan. Elakkan minun air manis atau air bergas.

minum air 8 gelas sehari

Elakkan Membeli Kuih Muih Yang Tidak Ditutup

Jangan membeli kuih muih atau minuman yang dijual ditepi jalan yang tidak ditutup dan terdedah kepada lalat, habuk dan kekotoran.

elakkan membeli makanan atau minuman tepi jalan


Cuci Tangan

Pastikan tangan dicuci setiap kali keluar dari tandas, sebelum makan, selepas makan atau apabila perlu. Cuci tangan menggunakan sabun dan mengikut teknik yang betul supaya bakteria tidak melekat pada jari kita.

cuci tangan dengan bersih

Rawatan Doktor

Segera dapatkan rawatan doktor jika ada terkena masalah kulit seperti luka, kudis, kulat, kurap, panau dan sebagainya.

dapatkan rawatan doktor jika terkena masalah kulit

Makan Dan Minum Yang Bersih

Makan dan minum lah makanan dan minuman yang bersih serta tidak dicemari oleh lalat.

makan makanan yang bersih dan minum minuman yang bersih

Bersenam

Lakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 20 minit atau berjalan cepat dan aktiviti fizikal yang ringan.

bersenam sekurang kurangnya 20 minit

Jangan Masukkan Objek Ke Dalam Hidung Atau Telinga

Jangan mengorek atau memasukkan objek ke dalam hidung atau telinga.

jangan memasukkan objek ke dalan hidung atau telinga


Tidur Secukupnya

Tidur perlu cukup sekurang-kurangnya 6 jam. Jangan tidur lewat. Badan akan mudah penat serta mudah untuk mendapat sakit kerana tidak cukup waktu rehat.

tidur perlu cukup sekurang kurangnya 6 jam


Sekian 8 TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI yang boleh Cie share untuk kebaikan bersama. Insyaallah dengan menjaga kesihatan kita akan terhindar dari segala penyakit. Mudah-mudahan. Amin.


Roziah Muhammad Nor
0129755310


No comments:

Post a Comment