Makanan Untuk Tingkatkan Kesuburan - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 19 November 2014

Makanan Untuk Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pasti tertunggu-tunggu saat untuk menimang cahayamata kan. Mesti tak sabar nak merasai saat doktor mengatakan "tahniah puan mengandung".

berjaya hamil

Tak kurang juga yang merancang kehamilan mungkin disebabkan masih belum bersedia atau terikat dengan tanggungjawab sebagai pelajar.

Disini Cie nak kongsikan makanan yang membantu menambahkan kesuburan suami isteri jika didapati suami isteri sukar untuk mendapatkan cahayamata kerana masalah kesuburan.

Suami dan isteri perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Makanan berlemak perlu dielakkan tetapi perbanyakkan makanan berserat. Amalkan memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.

Kita akan sukar meramal hari subur jika kekurangan sumber nutrien dalam tubuh. Sesetengah vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan Vitamin E, Zink dan Asid Folik penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.

kesuburan lelaki


Adalah digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan supaya mendapat cukup Asid Folik dan nutrien lain yang boleh tingkatkan peluang kehamilan. Asid folik juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan peluang hamil.
Disarankan mengambil sekurang2nya 4mg asid folik sehari selama sebulan sebelum merancang kehamilan. Asid folik merupakan vitamin larut air. Tubuh kita akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan.

Diet suami perlu mengandungi Zink. Fungsi Zink ialah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testoteron dan jumlah semen lelaki. Sebanyak 11mg diperlukan sehari. Contoh makanan yang mengandungi Zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Terdapat juga vitamin yang mengandungi Zink seperti Asid Amino, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin E dan folate. Suplemen Zink juga adalah digalakkan untuk diambil tetapi perlu dielakkan memakan serentak bersama kalsium atau susu. Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh.

Vitamin E mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Merawat musculus pectoralis fibrois otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

Vitamin C meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan.

GLA Complex membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
CoQhealth turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.

Alfalfa memberi kelegaan semasa haid serta meneutralkan asid didalam badan.

Banyak kan pemakanan yang kita perlukan amalkan untuk menambahkan kesuburan. Bagi suami isteri yang teringin sangat nak menimang cahayamata boleh amalkan pemakanan ini. Insyaallah membantu.


Pengedar Shaklee Pahang
Roziah Muhammad Nor
0129755310

2 comments:

  1. selain itu, jangan putus mohon dan berdoa pada Maha Pencipta...semoga dimurahkan rezeki...^_^

    ReplyDelete
  2. pil kesuburan dari hospital adakah berkesan baik?

    ReplyDelete