Panduan Nutrisi Kanak-Kanak - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 22 November 2014

Panduan Nutrisi Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sebut mengenai nutrisi si manja nih mesti ramai diantara ibu-ibu yang menyediakan keperluan suplemen untuk anak-anak kan. Ibu mana yang tak sayang anak. Takkan keperluan ibu berlebih-lebihan sedangkan anak-anak dibiarkan.


nutrisi untuk simanja

Ada juga ibu-ibu yang berpendapat bahawa anak-anak mereka tidak memerlukan suplemen. Terpulang pada masing-masing. For me memang perlu sebab makanan yang kita masak belum tentu masih kekal khasiatnya sehingga kita makan.

Shaklee ada menyediakan beberapa suplemen yang sesuai untuk kanak-kanak:

MEAL SHAKES


Meal Shakes sesuai diambil seawal usia 1 tahun. Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap utk kegunaan harian. Ia diperbuat drpd bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain lagi. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yg sangat berkualiti dan mudah diserap ke dlm sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin.


CHEWABLE VITA C



Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.

Pengambilan vitamin c:
Kanak-kanak
1 -3 tahun: < 400mg
4-8 tahun: <650mg
9-13 tahun: <1200mg


OMEGA GUARD



Omega Guard menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat. Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yg menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkait dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.


Alhamdulillah anak Cie amalkan pengambilan Chewable Vita C. Memang senang je dia nak telan sebab boleh kunyah je. Dulu ambil jugak Meal Shakes tapi disebabkan ibu kadang-kadang lupa nak bancuh dalam susu. Bagi yang kunyah senang sikit. Lagipun setiap hari dia dah tau nak ambil Chewable Vita C sebiji untuk dimakan.



Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab sewajarnya kita menyediakan keperluan nutrisi tambahan untuk anak-anak. Mereka juga berhak untuk menjaga kesihatan diri.

Ibu yang prihatin
Roziah Muhammad Nor

No comments:

Post a Comment