Fraser's Hill Pahang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 15 December 2014

Fraser's Hill Pahang

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

THE LITTLE ENGLAND OF MALAYSIA


Sabtu baru nih kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Fraser's Hill yang lebih dikenali dengan nama 'The Little England of Malaysia". Maybe kerana bangunan yang terdapat kat sana semua ala inggeris. Percutian pendek je tak tidur sana pun.

Bertolak dari Raub 11.30 pagi dan sampai ke Fraser's Hill 12.30 tengah hari. Lebih kurang sejam perjalanan yang sangat mencabar. Jalan bengkang bengkok. Mujur takde tragedi muntah. Hihi. Ibu dah siap standby plastik.

Selfie 2 beranak. Kakak taknak join duduk depan.

Actually dah lama teringin nak pergi sana. Masa mengandungkan kakak teringin sangat nak ke sana tapi akhirnya umur kakak dah 2 tahun 3 bulan baru berjaya menjejakkan kaki. Pada awalnya my sister ajak ke Bukit Tinggi tapi kat situ dah banyak kali pergi so sesaja jela ajak ke Fraser's Hill pulak.

Fraser's Hill nih takdela banyak sangat tempat menarik. Tapi ramai juga yang berkunjung ke situ.

Air Terjun Jeriau

Tempat pertama yang kami kunjungi Air Terjun Jeriau. Perjalanan nak ke situ mencabat jugak. Jalan sempit lepas tuh jauh pulak tuh. Ayah cakap dah salah jalan nih. Ayah ajak patah balik dah tapi nak pusing pun jalan sempit. Terus jela sampai bawah baru nampak ada banyak kereta parking. Konon nak berkelah tepi air terjun sekali air terjun sangat jauh dari tempat parking. Sampai separuh jalan je kami cari port nak buka bekalan makanan. So takde gambar air terjun ye. Gambar kami jela. Hihi.

Posing dulu sebelum makan.

Kami berkelah. Masing-masing dah kelaparan. Air terjun jauh sangat.

Rania nih takmau selfie pulak. Menangis marah ibu tak bagi dia main shutter. Ohohoi anak.

Selfie sorang jela. Aik kenapakah tulisan itu terbalik?

Berehat sekejap sebelum bergerak ke destinasi lain

Allan's Water

Destinasi kedua kami. Kat sini tasik so aktiviti air jela ada. Paddle boat dan bola gergasi air. Bayaran untuk paddle boat RM8 untuk 15 minit dan RM15 bola gergasi tapi tak sure untuk berapa lama.

Anak ibu fefeeling kayuh paddle boat.

So sweet 2 beradik nih. 2 2 takmau pandang kamera. Sabotaj gambar ibu la tuh.

Alamak gelap pulak gambar kami anak beranak.

Sebelum balik posing sikit kat depan pintu masuk nih.

Babah je naik paddle boat. Anak n ibu tak naik.

The Paddock

Destinasi kami yang ketiga. Kat sini ada kuda dan memanah je. Oleh kerana terlalu panas so tak jadi nak naik kuda. Teringin jugak mula-mula tapi keadaan cuaca terik sangat terus tak jadi. Kejap lagi kuda mengamuk haru pulak kan. Hahaaa. Anak-anak buah je duk memanah. Kami tengok jela.

The Paddock

Alahai anak ibu n babah je pandang kamera.

Rumah kuda. Tak banyak rasanya 3 ekor je kot.
 
Tempat memanah

Kaunter bayaran memanah

Kakak tumpang stroller adik. Dah penat nak jalan la tuh. Huhu. Panas terik cuaca.

Bayaran untuk menunggang kuda.

Lepak dulu kat tempat kuda.


Mercu Tanda Bukit Fraser

Final destination kami kat menara jam yang merupakan mercu tanda Fraser's Hill. Sesiapa yang berkunjung ke sini mesti mengabadikan kenangan kat situ. Kami pun tak terkecuali tau. Menandakan kami dah sampai ke situ.

Yes. We are here.

Cik Kiah Cera berehat kejap sambil-sambil tuan makan ais krim. Sebelah Cik Kiah tuh tempat jual sourvenier

Besar dah anak dara ibu posing kat bunga. Tapi jenis konon candid.

Sebelah belakang tuh padang golf.

Alahai adik tak boleh makan ais krim tau.

Nih je hasil tangkapan. Takde yang berkenan dihati. Fridge magnet memang wajib beli tak kira pergi mana pun.


Ini jela percutian pendek kami sekeluarga. Tak ramai yang ada so takdela rasa kemeriahan sangat. Next time kalau ada rezeki boleh la buat family day kat mana-mana.

Ada lagi kot tempat menarik yang lain. Nih je 4 tempat yang sempat kami kunjungi. Insyaallah ada masa, ada rezeki, panjang usia boleh lagi berkunjung ke Fraser's Hill. The Little England of Malaysia.

2 comments:

  1. sampai skrg kompius.. fraser hills dgn bukit tinggi tu lain2 ke? ingat sama.. hahaha..apelahhh..dok malaysia pon tak tauu..hampehh je sy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama dik. Bukit tinggi menghala ke kl. Fraser's hill dari Raub then boleh tembus ke Perak :>)

      Delete